awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seludup dadah dalam tauhu sumbat, pisang goreng

Agensi
Agensi
15/03/2019
08:15 MYT
Seludup dadah dalam tauhu sumbat, pisang goreng
Kedua-dua wanita terbabit kini ditahan dan menunggu tarikh untuk perbicaraan.
Dua wanita masing-masing berdepan hukuman empat hingga 20 tahun penjara selepas didapati menyeludup dadah ke dalam penjara di Kota Bekasi, Jawa Barat.
Kes pertama berlaku pada Sabtu lalu, membabitkan seorang wanita berusia 46 tahun yang nekad menyeludup ganja seberat 9.5 gram diletakkan dalam tauhu sumbat.
Siasatan mendapati, wanita itu mahu menyerahkan ganja terbabit kepada suaminya yang ditahan di kemudahan tersebut.
Wanita itu turut mengaku telah melakukan perbuatan tersebut sebanyak tiga kali atas arahan suaminya.
Kes kedua melibatkan seorang wanita berusia 35 tahun yang ditahan pada Selasa lalu, selepas pemeriksaan mendapati terdapat sebungkus plastik berisi syabu diselitkan dalam pisang goreng dibawanya.
Syabu seberat satu gram itu sepatutnya sampai ke tangan teman lelakinya yang ditahan berkaitan kes dadah.
Kedua-dua wanita terbabit kini ditahan dan menunggu tarikh untuk perbicaraan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Dadah
#goreng pisang
#penjara
#siasatan
#Syabu
#tahu sumbat
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan