awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak buka pintu kenderaan punca kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak
Wartawan wanita perlu imbangi teknologi dan integriti - Noraini
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS semak penghantaran 900kg bom kepada Israel - Blinken

Astro Awani
Astro Awani
19/06/2024
01:10 MYT
AS semak penghantaran 900kg bom kepada Israel - Blinken
Blinken berkata, AS masih berusaha merapatkan jurang dalam rundingan gencatan senjata Gaza, kerana Hamas ldidakwa terus menambah syarat baharu kepada kelulusannya terhadap perjanjian yang dicadangkan. - Gambar fail/REUTERS
SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken mengesahkan AS menghentikan penghantaran bom seberat 900kg kepada Israel kerana bimbang dengan kesejahteraan rakyat Palestin di Gaza.
Bagaimanapun, kata Blinken, pentadbiran AS masih menyemak sekatan berkenaan.
“Kami sedang menyemak satu penghantaran senjata iaitu 2,000 paun (900kg) bom yang telah dibincangkan oleh Presiden AS Joe Biden kerana kebimbangan kami tentang penggunaannya di kawasan berpenduduk padat seperti Rafah,” jelasnya pada satu sidang media di Washington DC.
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sebelum ini mendakwa Blinken memberi jaminan kepadanya bahawa pentadbiran Biden sedang berusaha untuk membatalkan sekatan ke atas penghantaran senjata ke Israel.
Blinken pada sidang media yang sama berkata, Amerika ketika ini masih berusaha merapatkan jurang dalam rundingan gencatan senjata Gaza, kerana Hamas didakwa terus menambah syarat baharu kepada kelulusannya terhadap perjanjian yang dicadangkan.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Antony Blinken
#Benjamin Netanyahu
#sekat penghantaran senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan