awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semakin ramai anak yatim di Gaza

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2023
00:10 MYT
Semakin ramai anak yatim di Gaza
Dua kanak-kanak mencari bapa mereka yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan susulan serangan tentera rejim Zionis Israel di kem pelarian Jabalia. - Foto REUTERS
GAZA: Usai tamat gencatan senjata di antara Palestin dan rejim Israel tiga hari lalu pada Jumaat, Israel tanpa henti terus membedil Kota Gaza dengan kejam.
Dalam tempoh 24 jam sahaja, pejabat media Gaza melaporkan kira-kira 700 rakyat Palestin terbunuh menyebabkan kanak-kanak, kehilangan ibu-bapa mereka.
Visual dua kanak-kanak diselubungi debu, menangis ketika mereka mencari bapa mereka yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan berikutan serangan udara Israel di kem Jabalia di Gaza.
Kata salah seorang darpada mereka, ayah dan abang mereka telah syahid.
Antara tapak yang menjadi sasaran Zionis selepas gencatan tamat adalah kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
Mereka dengan kejam sengaja menyasarkan kawasan berkenaan yang padat dengan penduduk Gaza untuk dibunuh.
Rejim Israel berterusan melakukan serangan ke atas Gaza ketika kebimbangan antarabangsa meningkat terhadap jumlah kematian orang awam yang semakin bertambah pada hari ketiga selepas berakhirnya gencatan senjata.
Lebih 15,200 orang terbunuh dalam tempoh lapan minggu pertempuran yang disambung semula selepas gencatan senjata tamat pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#anak yatim
#Gaza
#Israel
#kem pelarian Jabalia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan