awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembilan maut dalam insiden kebakaran pusat jagaan warga emas di Massachusetts

Agensi
Agensi
15/07/2025
00:20 MYT
Sembilan maut dalam insiden kebakaran pusat jagaan warga emas di Massachusetts
Sekurang-kurangnya sembilan orang maut manakala lebih 30 lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah pusat jagaan warga emas di Fall River, Massachusetts, Amerika Syarikat pada Ahad malam.- Gambar Reuters
FALL RIVER: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut manakala lebih 30 lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah pusat jagaan warga emas di Fall River, Massachusetts, Amerika Syarikat, pada Ahad malam.
Jurucakap Jabatan Keselamatan Kebakaran Massachusetts, Jake Wark berkata, kebakaran yang berlaku sekitar jam 9.30 malam waktu tempatan melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas, Gabriel House Assisted Living Facility, yang menempatkan kira-kira 70 penghuni.
“Ramai penghuni berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba. Beberapa mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala yang lain telah dihantar ke hospital berdekatan. Seorang mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal,” kata Wark.
Dalam pada itu, seramai 50 anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 60 batu di selatan Boston dan pihak berkuasa turut membuka pusat perlindungan sementara bagi menempatkan penghuni yang terselamat.
Boston Globe melaporkan, Ketua Bomba Fall River, Jeffrey Bacon memaklumkan kepada media bahawa terdapat penghuni yang tergantung di tingkap ketika pasukan penyelamat tiba.
Rakaman video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan pasukan kecemasan sedang giat menjalankan operasi di lokasi kejadian dan lima anggota bomba dilaporkan mengalami kecederaan ringan.
Topic Berkaitan
#Massachusetts
#bomba
#pusat jagaan warga emas
#kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan