Skip to main content

Dunia

Sembilan maut dalam letupan kilang mercun di Gujarat, India

8 DEAD IN SECONDS – ILLEGAL FIRECRACKER FACTORY BLAST LEAVES WORKERS TRAPPED UNDER RUBBLE_Facebook
Kilang “Talent Fireworks” yang terletak di kawasan Vastral, bandar Ahmedabad, dilaporkan beroperasi tanpa lesen.- Foto media sosial
Advertisement

HYDERABAD: Sembilan orang maut dalam letupan di sebuah kilang mercun di negeri Gujarat, India pada Sabtu.

Media tempatan melaporkan enam lagi cedera dalam kejadian di kilang “Talent Fireworks” yang terletak di kawasan Vastral, bandar Ahmedabad.

Kilang itu dilaporkan beroperasi tanpa lesen, manakala pemiliknya ditahan polis.

Perdana Menteri Narendra Modi merakamkan ucapan takziah dan mengumumkan bantuan sebanyak 200,000 rupee (kira-kira RM8,490) daripada Tabung Bantuan Nasional Perdana Menteri (PMNRF) kepada waris setiap mangsa yang terkorban.

Ketua Menteri Gujarat Bhupendra Patel pula berkata kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan sebanyak 400,000 rupee kepada setiap keluarga mangsa yang maut.

Bencana berkaitan mercun sering berlaku di India, dengan premis pengeluaran dilaporkan kerap tidak mempunyai langkah keselamatan  atau permit yang sewajarnya.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement