Skip to main content

Dunia

Seminggu selepas gempa bumi, operasi pemulihan diteruskan di Colombia

Residents and emergency personnel inspect the site of a collapsed building after an earthquake, in Dosquebradas, Colombia, August 10, 2026. REUTERSJuan David Duque
Kerajaan Colombia menganggarkan lebih 12,500 kediaman musnah dalam bencana itu, manakala lebih 150 gegaran susulan direkodkan sejak gempa utama melanda. - Foto fail/REUTERS
Advertisement

CALI: Colombia memperingati seminggu tragedi gempa bumi berukuran 7.4 magnitud yang melanda bahagian barat negara itu ketika usaha pemulihan dan pencarian mangsa masih diteruskan di kawasan terjejas.

Gempa bumi yang berlaku pada 10 Ogos lalu meragut sekurang-kurangnya 273 nyawa, mencederakan lebih 3,800 orang dan menyebabkan ratusan lagi dilaporkan hilang.

Bandar Cali dan Pereira antara kawasan yang paling teruk terjejas apabila ribuan rumah, sekolah dan hospital mengalami kerosakan atau musnah akibat gegaran kuat tersebut.

Walaupun sebahagian besar operasi kecemasan kini beralih kepada kerja pembersihan runtuhan dan pemulihan, pasukan penyelamat masih menjalankan pencarian di beberapa lokasi yang dikenal pasti berkemungkinan mempunyai mangsa terperangkap.

Kerajaan Colombia menganggarkan lebih 12,500 kediaman musnah dalam bencana itu, manakala lebih 150 gegaran susulan direkodkan sejak gempa utama melanda.

Presiden Abelardo De La Espriella sebelum ini mengumumkan penubuhan dana khas pembinaan semula bagi membantu membaik pulih infrastruktur serta menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat bencana berkenaan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement