MOSCOW / PARIS: Semua kebimbangan keselamatan Moscow mesti diambil kira untuk penyelesaian di Ukraine, kata Presiden Rusia Vladimir Putin pada Isnin semasa perbualan telefon dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron, lapor Xinhua.
Putin menegaskan kembali bahawa penyelesaian hanya boleh dicapai jika kebimbangan keselamatan Rusia diambil kira, termasuk "kedaulatan Rusia ke atas Crimea", serta komitmen negara untuk menyelesaikan tugas-tugas "menjadikan kawasan itu bebas tentera" dan "bebas daripada pengaruh Nazi" Ukraine, dan isu status berkecuali Ukraine, menurut Kremlin dalam satu kenyataan.
Putin berkata, Rusia terbuka kepada rundingan dengan Ukraine dan menyatakan harapan agar rundingan itu akan membawa kepada keputusan yang diinginkannya.
"Pihak Perancis menyatakan pandangannya yang sudah diketahui mengenai operasi ketenteraan khas Rusia... dan menyatakan harapan untuk penyelesaian segera konflik menerusi dialog," kata Kremlin.
Putin menyebut bahawa angkatan tentera Rusia tidak menyerang tempat-tempat awam, dan tidak menimbulkan ancaman kepada orang awam.
"Sebaliknya, nasionalis Ukraine, yang menggunakan penduduk awam mereka 'sebagai perisai manusia', adalah ancaman sebenar," kata Putin.
Menurut Elysee, Macron meminta Rusia menghormati undang-undang antarabangsa dan melindungi penduduk awam.
"Presiden Perancis menegaskan semula keperluan untuk pelaksanakan segera gencatan senjata," kata Elysee. Putin dan Macron juga bersetuju untuk terus berhubung dalam beberapa hari akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022

Putin (kiri) berkata Rusia terbuka kepada rundingan dengan Ukraine; manakala Macron meminta Rusia menghormati undang-undang antarabangsa dan melindungi penduduk awam.

Niaga AWANI: OPR | Kenaikan kadar faedah beri impak langsung kepada peminjam

Niaga AWANI: OPR | Interest rate hike dampen property sector

AWANI Pagi: Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan
Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan seolah-olah menjadi fenomena di Malaysia ketika ini. Apakah faktor kejayaan filem berlatar sejarah ini? Bolehkah ia dilabel sebagai biopik terhebat alaf ini selepas mengutip berjuta-juta ringgit selepas dua minggu tayangannya? #AWANInews #MalaysiaSihat #AWANIpagi

Isu pelanggan tidak puas hati layanan pegawai JPJ selesai
Qiau Wei berkata, dia sudah berjumpa dengan pegawai JPJ tersebut untuk menyelesaikan perkara berkaitan pada Rabu.

Warga emas parah disondol babi hutan
Kejadian berlaku pada jam 9 pagi itu menyebabkan mangsa, Umar Ngah, 78, cedera parah pada lengan kiri dan luka di kepala, telinga serta beberapa anggota badan.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976853/thumbnails/21944859291657155083138_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: - OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus - Banjir Baling: Tak perlu ke kawasan bencana semata-mata untuk konten media sosial - Polis #AWANInews #MalaysiaSihat

Pemandu maut kereta rempuh tiang SmartTAG di LDP
Rempuhan itu menyebabkan mangsa, Wong Kok Wai, tersepit di tempat duduk pemandu.

Bursa, anak syarikat ditutup Isnin sempena Aidiladha
Operasi akan disambung semula pada 12 Julai 2022.

Kanak-kanak kritikal akibat dadah semakin pulih
Dr Noraini Abdul Rahman bagaimanapun berkata, buat sementara waktu, kanak-kanak berkenaan perlu minum menggunakan tiub melalui hidungnya.

Dua lelaki buat laporan palsu ditahan, elak denda buat kad pengenalan baharu
Hasil siasatan mendapati kejadian ragut tidak pernah berlaku dan kedua-dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun itu ditahan pihaknya.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Krisis Rusia-Ukraine: Turkiye mahu tingkat rundingan bersama Rusia, Ukraine
Turkiye sedang bekerjasama dengan PBB, Ukraine dan Rusia untuk membolehkan jutaan bijirin Ukraine dihantar melalui Laut Hitam.

Perdana Menteri Ukraine anggar kos pemulihan negara cecah AS$750 bilion
"Kami rasa aset Rusia dan oligarki negara itu yang dirampas boleh digunakan untuk membiayai pembinaan semula Ukraine."

Lebih 100,000 pelarian Ukraine berada di Perancis
Sebanyak 84 peratus orang yang berpindah dari Ukraine tidak berhasrat untuk pulang ke tanah air mereka.

Kerajaan UK pertimbang rampas aset warga Rusia yang dibekukan
Setiausaha Luar United Kingdom Liz Truss tidak menolak kemungkinan akan merampas aset warga Rusia di UK yang telah dibekukan dan menyerahkannya kepada Ukraine.

Harga minyak sawit mentah dijangka tidak turun bawah paras RM4,500 satu tan
Kerajaan menjangka harga minyak sawit mentah (MSM) tidak akan turun di bawah paras RM4,500 satu tan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin.

Rusia dakwa 'kuasai sepenuhnya' wilayah Luhansk, Ukraine
Wilayah Luhansk kini berada di bawah kawalan Moscow sepenuhnya, lapor Agensi Anadolu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Jokowi bertemu Putin, sampaikan pesanan Presiden Rusia
Jokowi dilaporkan turut bersedia berbincang dengan Putin untuk segera menamatkan peperangan di Ukraine.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.