Skip to main content

Dunia

Senat AS lulus rang undang-undang henti tindakan ketenteraan terhadap Iran

Resolusi berkenaan menggesa Presiden Trump menarik balik tentera AS daripada sebarang konflik atau operasi ketenteraan terhadap Iran. - Foto fail/AP
Resolusi berkenaan menggesa Presiden Trump menarik balik tentera AS daripada sebarang konflik atau operasi ketenteraan terhadap Iran. - Foto fail/AP
Advertisement

WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) yang dikuasai Parti Republikan meluluskan satu resolusi bagi menghentikan tindakan ketenteraan terhadap Iran, dalam satu langkah yang dilihat sebagai teguran terhadap Presiden Donald Trump.

Resolusi itu diluluskan dengan undian 50 menyokong berbanding 48 menolak, selepas Dewan Perwakilan Rakyat meluluskannya awal bulan ini.

Pengundian tersebut hampir mengikut garis parti, dengan empat senator Republikan menyokong bersama hampir semua Demokrat, kecuali seorang. Dua senator Republikan pula tidak mengundi.

Advertisement

Resolusi berkenaan menggesa Presiden Trump menarik balik tentera AS daripada sebarang konflik atau operasi ketenteraan terhadap Iran.

Namun, pemerhati menjangkakan langkah itu lebih bersifat simbolik dan tidak akan memberi kesan besar terhadap dasar luar atau keputusan ketenteraan pentadbiran semasa.

Advertisement

Walaupun begitu, kelulusan resolusi ini mencerminkan kebimbangan yang semakin meningkat dalam Kongres AS terhadap penglibatan ketenteraan negara itu di Asia Barat, khususnya berkaitan Iran.
 

Must Watch Video

Advertisement