Skip to main content

Dunia

Senat AS sahkan Jay Clayton sebagai Pengarah Perisikan Negara

Sumber: REUTERS
Sebagai pegawai tertinggi perisikan AS yang baharu, Clayton akan menyelia 18 agensi perisikan negara itu dan menguruskan taklimat perisikan harian untuk presiden. - Gambar/ Reuters
Advertisement

WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) pada Selasa mengesahkan calon pilihan Presiden Donald Trump, Jay Clayton sebagai Pengarah Perisikan Negara (DNI) yang baharu, lapor Anadolu Ajansi.

Dewan tertinggi Kongres itu meluluskan pencalonan berkenaan dengan 51 undi menyokong berbanding 47 menentang.

Pelantikan itu menyusuli peletakan jawatan Tulsi Gabbard sebagai DNI, yang berkata beliau mahu memberi tumpuan kepada penjagaan suaminya selepas disahkan menghidap kanser.

Clayton yang kini berkhidmat sebagai pendakwa raya AS mempunyai pengalaman terhad dalam bidang dasar luar dan perisikan.

Walaupun timbul kebimbangan mengenai latar belakangnya, Clayton dilihat oleh anggota Republikan dan Demokrat sebagai pilihan lebih sesuai berbanding pemangku DNI Bill Pulte, yang berdepan kritikan susulan beberapa pusingan pemberhentian pekerja sejak memegang jawatan itu secara sementara bulan lepas.

Sebagai pegawai tertinggi perisikan AS yang baharu, Clayton akan menyelia 18 agensi perisikan negara itu dan menguruskan taklimat perisikan harian untuk presiden.

Selepas pengundian, Trump mengucapkan tahniah kepada Clayton atas pengesahan pelantikannya.

“Jay amat cemerlang dalam segala aspek dan akan menjalankan tugas dengan luar biasa sebagai pengarah,” kata Trump menerusi platform Truth Social.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement