Skip to main content

Dunia

AS sentiasa terbuka terhadap penyelesaian menerusi rundingan dengan Iran - Marco Rubio

MANILA, July 22 — U.S. Secretary of State Marco Rubio delivers a speech during the ASEAN Post-Ministerial Conference with the United States in conjunction with the 59th ASEAN Foreign Ministers’ Meeting (AMM) at The Philippine International Convention Center (PICC) today.  -- fotoBERNAMA COPYRIGHT RESERVED
Rubio bercakap pada mesyuarat ASEAN di ibu negara Filipina, Manila hari ini. - Foto Bernama
Advertisement

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio berkata pada Rabu bahawa  Washington sentiasa bersedia untuk mengutamakan penyelesaian diplomatik dengan Iran, sambil menegaskan bahawa AS terbuka kepada rundingan damai bagi menyelesaikan perbezaan pandangan, lapor  Anadolu Ajansi.

"Amerika Syarikat sentiasa komited terhadap pendekatan diplomasi. Kami berfikiran terbuka dan sentiasa bersedia untuk terlibat dalam penyelesaian perbezaan menerusi rundingan, dan perkara itu kekal terpakai dalam kes Iran," kata Rubio pada mesyuarat ASEAN di ibu negara Filipina, Manila.

Beliau berkata Iran telah berhubung dengan Washington secara "langsung dan tidak langsung" berhubung kemungkinan perbincangan yang bertujuan meredakan ketegangan yang berterusan.

"Masalah yang kita hadapi ketika ini ialah mereka tidak serius untuk berbincang.

Jika mereka serius, kami juga serius. Jika tidak, kami akan melakukan apa yang perlu untuk melindungi kepentingan kami serta kepentingan sekutu kami," katanya.

Rubio menegaskan keutamaan Washington kekal kepada penglibatan yang konstruktif, dengan syarat sebarang komitmen yang dicapai menerusi diplomasi dihormati.

“Amerika Syarikat kekal terbuka dan bersedia untuk terlibat dalam rundingan serta perbincangan yang positif dan membina selagi komitmen yang dibuat dipatuhi. Apabila komitmen itu tidak dipatuhi, seperti yang berlaku dalam kes ini, maka akan ada akibatnya, dan perkara itu harus berlaku," katanya.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement