awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang cedera dalam nahas pesawat di Texas

Isabelle Leong
Isabelle Leong
24/04/2020
03:03 MYT
Seorang cedera dalam nahas pesawat di Texas
FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional akan menjalankan penyiasatan bagi mengetahui punca kemalangan tersebut. (Foto AP)
SEBUAH pesawat enjin tunggal Pilatus PC-12 terhempas berhampiran Lapangan Terbang Mesquite Metro, Texas, Amerika Syarikat, pada pukul 3:35 petang Khamis waktu tempatan.
Menurut pegawai Dallas County dan penerbangan, pesawat enjin tunggal itu terhempas di sebuah padang berdekatan persimpangan jalan Lawson dan Scyene.
Memetik laporan media tempatan, jurucakap Pejabat Sheriff Dallas County, Raul Reyna berkata, seorang lelaki cedera dalam nahas pesawat tersebut dan telah dihantar ke hospital berdekatan.
Mangsa dikatakan dalam keadaan stabil.
Reyna juga berkata, lelaki berkenaan merupakan satu-satunya penumpang dalam pesawat itu.
Jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Lynn Lunsford berkata, pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas/Fort Worth tidak lama sebelum terhempas.
“Juruterbang melaporkan kehilangan kuasa enjin kepada pengawal lalu lintas udara sebelum pesawat itu terhempas,” kata Lunsford.
FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional akan menjalankan penyiasatan bagi mengetahui punca kemalangan tersebut.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Dallas County
#FAA
#Lapangan Terbang Mesquite Metro
#penerbangan
#Pentadbiran Penerbangan Persekutuan
#penumpang
#pesawat
#terhempas
#Texas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan