awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, 28 cedera dalam insiden bangunan runtuh di Dar es Salaam

Bernama
Bernama
17/11/2024
03:45 MYT
Seorang maut, 28 cedera dalam insiden bangunan runtuh di Dar es Salaam
Operasi menyelamat yang dikendalikan oleh polis, pasukan keselamatan dan Pasukan Bomba dan Penyelamat Tanzania sedang giat dijalankan. - Gambar/ X Dr. Chris Cyrilo
DAR ES SALAAM: Seorang maut dan 28 yang lain cedera apabila sebuah bangunan empat tingkat runtuh di pinggir bandar Kariakoo di Dar es Salaam, bandar pelabuhan Tanzania, umum Perdana Menteri Kassim Majaliwa pada Sabtu, lapor Xinhua.
Bercakap di lokasi kejadian, Majaliwa berkata operasi menyelamat yang dikendalikan oleh polis, pasukan keselamatan dan Pasukan Bomba dan Penyelamat Tanzania sedang giat dijalankan.
"Beberapa saudara-mara masih berhubung dengan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan melalui telefon bimbit.
"Semasa saya berada di sini, saya mendengar seorang daripada mangsa yang diselamatkan melaporkan bahawa masih terdapat lebih ramai orang yang terperangkap di bawah runtuhan," katanya.
Presiden Samia Suluhu Hassan menyampaikan ucapan takziah kepada Pesuruhjaya Wilayah Dar es Salaam Albert Chalamila dan menyeru agar usaha menyelamat dipercepatkan sebagai respons terhadap tragedi itu.
Menurut saksi, bangunan yang menempatkan kedai dan perniagaan lain runtuh kira-kira 9 pagi waktu tempatan (0600 GMT), sejurus selepas kerja pembinaan untuk meluaskan ruang perniagaan bawah tanah dimulakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bangunan runtuh
#tanzania
#Dar es Salaam
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan