awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, 3 cedera parah diserang beruang di timur laut Jepun

Bernama
Bernama
25/10/2025
10:37 MYT
Seorang maut, 3 cedera parah diserang beruang di timur laut Jepun
Beruang betina sepanjang 1.2 meter ditembak mati selepas serangan, dengan kesan darah pada kukunya dipercayai berasal daripada mangsa. -Gambar hiasan/Foto Adobe
TOKYO: Serangan beruang berhampiran sebuah pejabat kampung di timur laut Jepun mengakibatkan seorang lelaki maut dan tiga lagi cedera parah, lapor Xinhua memetik polis tempatan.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki maut dan tiga lagi cedera parah akibat diserang beruang berhampiran pejabat Kampung Higashinaruse di Wilayah Akita, Jepun.
  • Beruang betina sepanjang 1.2 meter ditembak mati selepas serangan, dengan kesan darah pada kukunya dipercayai berasal daripada mangsa.
  • Serangan ini berlaku di tengah peningkatan insiden serangan beruang di Jepun, mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan awam.

Menurut polis, pejabat perbandaran Kampung Higashinaruse di Wilayah Akita membuat panggilan kecemasan kira-kira 11.10 pagi waktu tempatan pada Jumaat, memaklumkan yang beberapa individu cedera akibat serangan beruang.
Anggota polis yang tiba di lokasi menemukan tiga lelaki dan seorang wanita rebah di tanah kira-kira 200 meter dari pejabat kampung itu, dengan kesan pendarahan serta luka termasuk di bahagian muka.
Kesemua mangsa dibawa ke hospital dan seorang daripada mereka, lelaki berusia 38 tahun, disahkan meninggal dunia.
Serangan itu berlaku ketika sepasang suami isteri berusia 70-an sedang bekerja di luar. Dua lagi mangsa lelaki dikatakan datang untuk membantu pasangan itu, menurut pegawai kampung.
Seekor beruang yang muncul berhampiran lokasi kejadian ditembak mati selepas 1.10 tengah hari waktu tempatan pada hari yang sama. Beruang betina dewasa itu, sepanjang kira-kira 1.2 meter dan mempunyai kesan darah pada kukunya, dipercayai menyerang keempat-empat mangsa.
Serangan terbaharu ini berlaku di tengah-tengah peningkatan kes serangan beruang di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#beruang
#Kampung Higashinaruse
#Wilayah Akita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan