awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut dalam tragedi pesawat ringan terhempas di New York

Bernama
Bernama
13/04/2025
03:10 MYT
Seorang maut dalam tragedi pesawat ringan terhempas di New York
Terdapat enam orang dalam pesawat Mitsubishi MU-2B yang terhempas di sebuah kawasan lapang berhampiran Copake, New York. - Gambar ihsan media sosial
MOSCOW: Sebuah pesawat ringan yang membawa enam orang dilaporkan terhempas di New York, Amerika Syarikat pada Sabtu, lapor agensi berita Sputnik/RIA Novosti memetik kenyataan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA).
"Pesawat Mitsubishi MU-2B terhempas di sebuah kawasan lapang berhampiran Copake, New York sekitar 12.15 tengah hari waktu tempatan.
"Pesawat itu dilaporkan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Daerah Columbia di Hudson, New York. Enam orang berada di dalam pesawat," menurut kenyataan FAA.
Sementara itu, Reuters yang turut memetik sumber daripada pihak berkuasa penerbangan dan polis tempatan melaporkan sekurang-kurangnya seorang maut dalam insiden berkenaan.
Dalam tempoh seminggu lalu, beberapa kemalangan udara berlaku di Amerika Syarikat termasuk nahas helikopter di Sungai Hudson berhampiran New York yang mengorbankan kesemua lima penumpang dan seorang juruterbang, serta kemalangan pesawat Cessna 310 di Florida yang meragut tiga nyawa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#Mitsubishi MU-2B terhempas
#Copake New York
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan