awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, dua cedera dalam serangan bersenjata berdekatan Menara Eiffel, Paris

Agensi
Agensi
03/12/2023
03:32 MYT
Seorang maut, dua cedera dalam serangan bersenjata berdekatan Menara Eiffel, Paris
Polis meningkatkan kawalan keselamatan di Quai de Grenelle sekitar Menara Eiffel, Paris, susulan tragedi serangan bersenjata semalam. - Gambar REUTERS
PARIS: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam satu serangan bersenjata menggunakan pisau berhampiran Menara Eiffel, di sini, semalam.
Menurut Menteri Dalam Negeri Perancis Gérald Darmanin, suspek lelaki berusia 26 tahun itu mula menghampiri sekumpulan pelancong sebelum menyerang mereka.
Lelaki itu kemudian dikejar polis dan menyerang dua individu lain dengan tukul sebelum ditangkap.
Difahamkan, suspek menyasarkan pelancong di Quai de Grenelle sekitar Menara Eiffel.
Menurut Darmanin, sejurus ditangkap, suspek memberitahu pihak polis bahawa dia kecewa dengan kekejaman yang sedang berlaku di Palestin.
Berdasarkan laporan pihak berkuasa, suspek mempunyai rekod jenayah dan pernah dijatuhi hukuman penjara empat tahun pada 2016 kerana merancang serangan berasingan.
Nama suspek juga berada dalam senarai pemerhatian perkhidmatan keselamatan Perancis.
Polis Perancis berkata, suspek juga mengalami masalah gangguan mental.
Sementara itu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron dalam satu ciapan di platform X mengklasifikasikan serangan tersebut sebagai sebuah serangan pengganas sambil berterima kasih kepada Pejabat Anti-Keganasan Perancis di atas tindak balas agensi itu.
Macron juga berikrar agar keadilan dapat dikembalikan dan dilakukan untuk keluarga mangsa yang terlibat. - Agensi
Topic Berkaitan
#serangan bersenjata
#Paris
#Eiffel Tower
#Perancis
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan