NARATHIWAT: Seorang lelaki dipercayai anggota kumpulan militan maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di daerah Yi-ngo, Narathiwat semalam.
Dalam pertempuran itu, dua lagi lelaki tempatan yang juga dipercayai anggota kumpulan militan turut ditahan.
Ketua Polis Daerah Yi-ngo Kolonel Warong Kerdsawat berkata insiden bermula selepas sekumpulan lelaki yang menaiki motosikal melontarkan bom paip ke arah pos kawalan keselamatan di Mukim Luborbaya pada kira-kira 7.45 malam (waktu tempatan).
Beliau berkata kumpulan itu telah bertembung dengan pasukan keselamatan yang sedang membuat rondaan di kawasan berdekatan ketika cuba melarikan diri.
"Kejadian berbalas tembakan antara kumpulan militan dan pasukan keselamatan berlaku.
"Apabila keadaan reda, pasukan keselamatan menemukan satu mayat dan menahan dua lagi anggota (kumpulan) militan itu," katanya dalam sidang media.
Beliau berkata kedua-dua lelaki yang ditahan berusia 25 dan 36 tahun.
Sementara itu, jurucakap Pusat Arahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Watcharagorn Onngern berkata Komander Tentera Bahagian Ke-4 Leftenan Jeneral Kriangkrai Srirak mengarahkan pasukan keselamatan mempergiatkan usaha menjejaki seorang lagi suspek yang berjaya meloloskan diri.
"Kriangkrai mengarahkan agar pasukan keselamatan di sempadan memperketat kawalan di wilayah sempadan," katanya.
-- BERNANA
Bernama
Fri Apr 23 2021

Dalam pertempuran itu, dua lagi lelaki tempatan yang juga dipercayai anggota kumpulan militan turut ditahan. - Gambar/ Sinar Harian

Gunung berapi Anak Krakatau Indonesia meletus
Gunung berapi Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda Indonesia meletus pada pagi Selasa, memuntahkan abu gunung berapi setinggi kira-kira satu kilometer ke udara, kata seorang pegawai.

Kerajaan digesa tingkat aktiviti pemantauan acara hiburan
Kerajaan Terengganu digesa untuk memperketat pemantauan terhadap penganjuran acara hiburan yang melalaikan bagi mengekang penularan budaya hedonisme yang dilihat semakin memburuk di negeri itu.

Tiga beranak cemas diserang gajah
Berpantang maut sebelum ajal, tiga beranak berdepan detik mendebarkan apabila kereta dinaiki mereka diserang sekawan gajah liar di Kilometer 55, Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli.
Usah putuskan China dari rantaian bekalan global - Li Qiang
Perdana Menteri China, Li Qiang membantah usaha Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah daripada memutuskan China daripada rantaian bekalan perdagangan global dan menyatakan kesediaan untuk mengeratkan kerjasama.
Sarawak tiada hasrat turunkan had umur belia kepada 30 tahun
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menjelaskan ketika ini masih ada keperluan untuk mengekalkan had umur yang lebih tinggi dalam pentadbiran ataupun jawatankuasa persatuan belia bagi menguruskan aset dan kewangan.
Jumlah perdagangan Malaysia RM239.5 bilion pada Okt 2023
Jumlah perdagangan Malaysia pada Oktober 2023 berjumlah RM239.5 bilion (Sept 2023: RM224.4 bilion), dengan eksport dan import, masing-masing sebanyak RM126.2 bilion dan RM113.3 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
Perak bentang Bajet 2024 pada Jumaat ini
Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Perbekalan 2024 oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad bakal menjadi tumpuan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang akan bermula Jumaat ini.
Perlindungan sosial perlu diremajakan, pelengkap subsidi bersasar
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menambah, kerajaan berharap
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada selasa susulan langkah operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM36.91 bilion daripada RM38.95 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dana Islam turut turun kepada RM25.34 bilion daripada RM26.46 bilion.
Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM36.91 bilion daripada RM38.95 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dana Islam turut turun kepada RM25.34 bilion daripada RM26.46 bilion.
Iran gesa gencatan senjata kekal di Palestin
Iran gesa gencatan senjata kekal di Palestin bagi mengelakkan lebih ramai korban.

PM Anwar akui kesungguhan Srettha tangani konflik di selatan Thailand
Malaysia akan berperanan sebagai fasilitator dalam membantu usaha tersebut.

Thailand kenakan larangan import iguana
Thailand mengenakan larangan import terhadap semua spesies iguana dalam usaha mengawal lonjakan populasi reptilia itu yang banyak merosakkan tanaman dan menimbulkan masalah kepada penduduk.

Lebih sejuta pelancong Thailand dijangka kunjungi Malaysia tahun depan
Ini berikutan jaringan kerjasama dari segi sektor pelancongan antara Malaysia dan Thailand dilihat begitu erat dan rancak.

Malaysia, Thailand hasrat kukuh kerjasama dalam pelancongan, pertanian
Malaysia dan Thailand berminat untuk mengukuhkan kerjasama dalam sektor pelancongan dan pertanian dengan memanfaatkan potensi kedua-dua sektor terbabit.

'Khong-Khaek' filem seram Islamik pertama Thailand masuk pawagam Malaysia
Mereka mengangkat tema berkaitan jin untuk filem berkenaan kerana mahu penonton lebih memahami kesan dan akibat buruk apabila manusia meminta pertolongan ataupun bersekongkol dengan jin.

Tindakan Thailand kawal eksport gula mentah tidak jejas bekalan dalam negara
Tindakan Thailand yang mula mengawal eksport gula mentah tidak akan menjejaskan bekalan komoditi itu di Malaysia.

AITF 2023: Ekosistem perdagangan, pelaburan kondusif pemangkin pertumbuhan sektor kesihatan
Perkhidmatan kesihatan merupakan pasaran terbesar di ASEAN dan perlu dimanfaatkan untuk pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

Sheikhul Islam Thailand meninggal dunia pada usia 76 tahun
Sheikhul Islam Thailand Aziz Phitakkumpon meninggal dunia pada usia 76 tahun di Hospital Memorial King Chulalongkorn pada Ahad.

Pertemuan Anwar, Srettha rancakkan kerjasama perdagangan, keselamatan - Pakar
Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Srettha Thavisin dijangka dapat merancakkan lagi kerjasama dua hala.

Anwar akan bincang isu kos sara hidup dengan PM Thailand
Isu berkaitan kos sara hidup yang meningkat di Malaysia dan Thailand adalah antara perkara yang akan dibincangkan Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand, esok.