Skip to main content

Dunia

Seorang maut, lima cedera letupan bas di Kabul

71636851447_bombexplosion.jpg
SEKURANG-kurangnya seorang maut manakala lima lagi cedera selepas satu letupan berlaku melibatkan sebuah bas mini di jalan raya Kabul.

Menurut pemandu bas dan pekerja kecemasan, kawasan kejiranan itu kebanyakannya dihuni komuniti Hazara, masyarakat minoriti di Afghanistan.

Letupan berlaku di jalan utama Dashti Barchi, kawasan kejiranan yang luas di sebelah barat Kabul.

Pemandu yang dikenali sebagai Murtaza berkata, dia melihat dua penumpang dengan pakaian mereka terbakar jatuh dari belakang kenderaan manakala penumpang lain melarikan diri dari hadapan.

Komuniti Hazara menjadi sasaran kempen keganasan yang kejam sejak beberapa tahun lalu oleh Daesh.

Beberapa serangan maut dilancarkan kumpulan itu terhadap komuniti Hazara termasuk serangan pada 2020 ke atas hospital bersalin.




Advertisement

Must Watch Video