awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, tujuh cedera gempa bumi di Aceh

Bernama
Bernama
22/01/2013
10:53 MYT
Seorang maut, tujuh cedera gempa bumi di Aceh
Seorang kanak-kanak perempuan maut dan tujuh penduduk lagi cedera ditimpa serpihan runtuhan bangunan rumah dalam kejadian gempa bumi berkekuatan 6.0 pada skala Richter di Aceh.
Kanak-kanak berusia lapan tahun itu adalah dari Kampung Mane, di daerah Pidie manakala mereka yang cedera pula adalah dari Kampung Mane, Kampung Pulo Loh dan Kampung Leupu, di daerah sama.
Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, gempa bumi di kawasan barat daya Aceh pada pukul 5.22 pagi itu menyebabkan beberapa buah rumah penduduk di daerah Pidie hancur dan sejumlah rumah lain rosak.
Gempa bumi itu berlaku di dalam laut sekitar Pulau Penasi yang terletak antara Banda Aceh dan Pulau Breureh, 15 km ke barat daya kota Banda Aceh, pada kedalaman 84 km.
Gegaran gempa bumi selama dua hingga lima saat itu turut dirasakan oleh penduduk di sekitar Lhoknga, Peukanbada, Ulelhee di Banda Aceh, menyebabkan mereka bertempiaran keluar dari rumah masing-masing bagi menyelamatkan diri.
Dua puluh lima minit kemudian gempa susulan berkekuatan 5.1 pada skala Richter berlaku di tempat yang hampir sama, pada kedalaman 16 km.
Topic Berkaitan
#Aceh
#BNPB
#gempa bumi
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan