awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang pekerja maut, 11 terperangkap dalam lombong arang batu runtuh di Pakistan

Bernama
Bernama
10/01/2025
22:30 MYT
Seorang pekerja maut, 11 terperangkap dalam lombong arang batu runtuh di Pakistan
Penduduk tempatan berkumpul ketika pasukan penyelamat menjalankan operasi untuk menyelamatkan pekerja lombong arang batu yang runtuh akibat letupan gas metana di Wilayah Balochistan, barat daya Pakistan, pada Jumaat. - Gambar AP
ISLAMABAD: Sebuah lombong arang batu runtuh akibat letupan gas metana di Wilayah Balochistan, barat daya Pakistan, mengorbankan seorang pekerja lombong dan mengakibatkan 11 lagi terperangkap ribuan kaki di bawah tanah, lapor Xinhua memetik kenyataan pegawai pada Jumaat.
Ketua Pemeriksa Lombong Balochistan, Abdul Ghani Baloch memberitahu media, letupan itu berlaku ketika lebih 12 pekerja sedang menggali arang batu di kawasan Sanjidi, Quetta, ibu kota Balochistan.
Beliau berkata, mayat seorang pekerja lombong telah berjaya dikeluarkan, manakala usaha menyelamat masih diteruskan bagi menyelamatkan 11 pelombong lain yang telah terperangkap selama beberapa jam di dalam lombong itu.
Beberapa pasukan terdiri daripada jurutera perlombongan dan anggota penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian, dan kerja-kerja mengalihkan runtuhan sedang dijalankan untuk membuka laluan ke dalam lombong, katanya.
Menurut pasukan penyelamat, lombong itu runtuh sepenuhnya selepas letupan gas berkenaan, menutup semua laluan masuk dan menyukarkan usaha menyelamat.
Kejadian kemalangan di lombong adalah perkara biasa di Pakistan kerana standard kesihatan dan keselamatan jarang dilaksanakan, terutamanya akibat pemeriksaan lombong yang dilakukan sekali-sekala dan tidak konsisten, menurut laporan terkini Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#lombong arang batu
#terperangkap
#Wilayah Balochistan
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan