Skip to main content
Advertisement

Dunia

Seorang suspek militan ditangkap

71358404649_295x200.jpg
71358404649_295x200.jpg

Advertisement

Pasukan keselamatan Algeria berjaya menangkap seorang daripada lelaki bersenjata yang menyerang kompleks pemprosesan minyak dan gas di timur negara itu.

Akhbar El Watan melaporkan, lelaki itu yang status kerakyatannya tidak didedahkan memberitahu serangan itu dilakukan bersama 32 lelaki.

Suspek juga mengesahkan bahawa mereka merupakan sebahagian daripada briged yang dikaitkan dengan Al-Qaeda dan diketuai Mokhtar Belmokhtar.

Agensi berita Algeria, APS terdahulu melaporkan bahawa pasukan keselamatan telah membunuh 18 pengganas.

Dalam pada itu, kumpulan penyerang dilapor telah membebaskan beratus tahanan yang lain.

Mereka  terdiri daripada 573 warga Algeria dan kira-kira 100 pekerja asing.

Bagaimanapun, nasib 30 lagi warga asing yang ditawan masih belum diketahui.

Sehingga kini kumpulan militan masih menguasai kompleks pemprosesan minyak terbabit.

Antara yang masih dalam tahanan ialah 10 warga Britain.

Must Watch Video

Advertisement