ARKALOCHORI: Seorang lelaki maut manakala 11 yang lain cedera dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 5.8 yang mengegarkan Pulau Crete, Greece awal pagi Isnin.

Mayat lelaki berkenaan dikeluarkan di bawah runtuhan sebuah gereja yang runtuh di perkampungan Arkalochori, iaitu berdekatan dengan pusat gempa.

Susulan gempa kuat yang merosakkan beberapa bangunan lama di pulau itu, penduduk bergegas keluar dan berkumpul di jalanan.

Gegaran berlaku beberapa kali sehingga menyebabkan kerosakan di kampung sekitar.