Sekurang-kurangnya beberapa buah rumah dan sebuah hotel di Estepona, terkesan berikutan kejadian kebakaran hutan sejak Sabtu lalu.

Sejak semalam, pihak berkuasa Sepanyol menggerakkan pelbagai aset untuk memadam kebakaran yang kini menghampiri bahagian pantai kawasan berkenaan.

Berdasarkan rakaman video amatur, beberapa helikopter dan pesawat dari pasukan pemadam kebakaran tempatan berusaha mengawal kebakaran.

Operasi itu turut disertai pasukan dari udara dan darat.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Di Huelva, yang merupakan wilayah selatan Andalusia, kira-kira 500 orang terpaksa dipindahkan akibat kebakaran hutan yang bermula sejak Khamis lalu.