awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Christchurch: Tindakan terbaharu 'Egg Boy' ini, buat ramai yang 'cair'

Nailah Huda
Nailah Huda
29/05/2019
01:51 MYT
Serangan Christchurch: Tindakan terbaharu 'Egg Boy' ini, buat ramai yang 'cair'
Will Connolly bergambar dengan sepapan telur sempena sambutan Easter. Foto - Instagram/willconnolly__
SI 'budak telur' Will Connolly atau lebih dikenali sebagai ‘Egg Boy’ telah bersetuju untuk menyumbang hampir AUD100,000 (RM290,580) kepada mangsa yang terkesan akibat serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand Mac lalu.
Dana tersebut dikumpul menerusi dua kempen ‘crowdfunding’ di laman web GoFundMe yang ditubuhkan oleh mereka yang bersimpati dengan pemuda berusia 17 tahun itu yang berhadapan tindakan undang-undang.
Will terkenal untuk tindakan beraninya memecahkan telur di kepala seorang senator Australia, Fraser Anning, yang menimbul kontroversi apabila mengaitkan serangan tersebut dengan isu kemasukan pendatang Islam.
Akibat tindakannya itu, Will ditumbuk sebanyak dua kali oleh Fraser sebelum pertikaian itu dileraikan oleh pengawal keselamatan.
Pemuda warga Australia itu ditahan polis namun dibebaskan selepas soal siasat.
Susulan itu, dua kempen menerusi GoFundMe ditubuhkan untuk bantu mengumpul dana bagi yuran guaman buat Will, namun dia berjanji untuk menyumbang kesemua dana itu bagi membantu mangsa yang terjejas akibat serangan itu yang mengorbankan 51 nyawa.
View this post on Instagram
Finally!!! After a huge amount of red tape,$99,922.36 has today been transferred to the Christchurch Foundation and Victims Support. For those of you who don’t know, there were 2 Go Fund Me pages set up to help cover the cost of my legal fees and to ‘buy more eggs’. Gratefully, Gordon Legal acted probono for me so I don’t have any legal fees. I decided to donate all monies to help provide some relief to the victims of the massacre... it wasn’t mine to keep. I want to thank Corey and @sajjad12345 who set up the funds and every single person who donated to the money and made this possible. To the victims of the Tragedy, I whole heartedly hope that this can bring some relief to you. Keep spreading the love. ❤️
Serangan pada 15 Mac lalu itu mengorbankan 51 umat Islam semasa mereka hendak menunaikan solat Jumaat di dua buah masjid iaitu Masjid Al Noor dan Masjid Linwood.
Topic Berkaitan
#Brenton Tarrant
#Christchurch
#Egg Boy
#EggBoy
#Fraser Anning
#Masjid Al Noor
#Masjid Linwood
#New Zealand
#Tragedi Christchurch
#Will Connolly
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan