awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan kecurian data bank meningkat 196% pada 2024 - Kaspersky

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
05/03/2025
03:10 MYT
Serangan kecurian data bank meningkat 196% pada 2024 - Kaspersky
Menurut Kaspersky, serangan Trojan Banker terhadap Android meningkat daripada 420,000 pada 2023 kepada 1.24 juta pada 2024.
SERANGAN Trojan Banker terhadap telefon pintar meningkat 196 peratus pada 2024, menurut laporan Kaspersky yang dibentangkan di Mobile World Congress (MWC) 2025 di Barcelona, Sepanyol.
Penjenayah siber kini lebih agresif menyebarkan perisian hasad (malware) untuk mencuri maklumat perbankan.
Sepanjang tahun lalu, lebih 33.3 juta serangan terhadap pengguna telefon pintar dikesan di seluruh dunia.
Serangan Trojan Banker terhadap Android meningkat daripada 420,000 pada 2023 kepada 1.24 juta pada 2024.
Perisian ini mencuri maklumat log masuk perbankan, e-pembayaran dan kad kredit.
Modus operandi termasuk penyebaran pautan berbahaya melalui sistem pesanan ringkas (SMS), aplikasi pemesejan, fail lampiran dan laman web palsu.
Penjenayah juga mengeksploitasi isu semasa untuk menipu mangsa.
“Scammer kini lebih fokus menyebarkan fail berbahaya kepada lebih ramai mangsa. Kesedaran keselamatan siber amat penting untuk semua golongan,” kata pakar Kaspersky, Anton Kivva.
Walaupun kes Trojan Banker meningkat pesat, ancaman utama masih AdWare (57%), diikuti oleh Trojan umum (25%) dan RiskTools (12%).
Purata 2.8 juta serangan perisian hasad, AdWare dan perisian tidak diingini telah dikesan setiap bulan, manakala produk Kaspersky berjaya menyekat 33.3 juta serangan sepanjang 2024.
Ancaman utama lain termasuk aplikasi palsu Fakemoney dan versi WhatsApp diubah suai yang mengandungi Trojan Triada untuk memuat turun perisian hasad tambahan.
Topic Berkaitan
#keselamatan siber
#penipuan
#Kaspersky
#Trojan Banker
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan