GAZA: Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza.
Agensi berita Palestin (WAFA) memetik sumber tempatan dan kesihatan melaporkan bahawa pasukan perubatan kecemasan dan kru pertahanan awam telah mengeluarkan sekurang-kurangnya 20 mayat pada masa laporan dari bawah runtuhan rumah yang disasarkan di Nuseirat.
Selain itu, sejumlah besar individu yang cedera, termasuk kanak-kanak, telah diselamatkan daripada serpihan. Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan untuk mengesan mangsa yang masih terperangkap di bawah bangunan yang runtuh, tambahnya.
Serangan udara Israel, yang digambarkan sebagai antara paling dahsyat dalam beberapa minggu kebelakangan ini, telah meningkatkan krisis kemanusiaan di Gaza, yang penduduk awam terus menjadi mangsa serangan genosid Israel.
Serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt tahun lepas telah mengakibatkan 35,386 kematian rakyat Palestin yang direkodkan setakat ini, dengan tambahan 79,366 individu mengalami kecederaan, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024
Serangan udara Israel, yang digambarkan sebagai antara paling dahsyat dalam beberapa minggu kebelakangan ini, telah meningkatkan krisis kemanusiaan di Gaza. - Gambar/ Reuters
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Trump mahu gencatan senjata Gaza dilaksana sebelum mulakan tugas - PM Qatar
Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thanipada Rabu menyatakan bahawa Trump mahu gencatan senjata di Gaza dilaksanakan sebelum majlis pelantikannya.
Bekalan makanan dibenar masuk hanya penuhi 6 peratus keperluan penduduk Gaza - UNRWA
UNRWA mengesahkan bekalan tepung dan makanan yang dibenarkan masuk oleh pendudukan Israel melalui lintasan sempadan hanya memenuhi enam peratus daripada keperluan penduduk.
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
Pencabulan Israel di Lubnan: PM Najib Mikati seru sokongan antarabangsa segera
Perdana Menteri Lubnan Najib Mikati menegaskan bahawa Lubnan sedang menghadapi krisis luar biasa yang mengancam masa depannya.
PM terima kunjungan hormat PM Lubnan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati di Riyadh, Arab Saudi.
Serangan Israel: Iran sambung semula penerbangan
Iran menyambung semula penerbangan pada pagi Sabtu selepas menghentikannya buat sementara waktu susulan serangan Israel yang menyasarkan tiga wilayah di negara itu.
Lima hospital di Lubnan tidak dapat beroperasi akibat serangan Israel
Ketua Kesatuan Doktor Lubnan mengesahkan bahawa lima hospital tidak dapat beroperasi akibat serangan rejim Israel ke atas negara Arab itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).