awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan udara Israel sasar kawasan perumahan di timur Tehran

Bernama
Bernama
16/06/2025
22:50 MYT
Serangan udara Israel sasar kawasan perumahan di timur Tehran
Pemintas kelihatan di langit ketika peluru berpandu dari Iran dilancarkan ke arah Israel, seperti yang disaksikan dari Tel Aviv, Israel, pada tengah malam tadi. - Gambar Reuters
ISTANBUL: Pesawat perang Israel melancarkan serangan udara ke atas kawasan perumahan padat penduduk di timur Tehran pada petang Isnin, sejurus selepas tentera Israel mengeluarkan arahan pemindahan kepada penduduk Iran, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.
Press TV Iran melaporkan, serangan itu tanpa memberikan butiran lanjut mengenai sasaran atau jumlah korban.
Terdahulu pada Isnin, tentera Israel mengarahkan penduduk Daerah 3 Tehran, kawasan yang turut menempatkan kementerian kerajaan dan kedutaan asing, untuk berpindah segera sebelum gelombang baharu serangan udara dilancarkan.
Arahan pemindahan ini merupakan yang pertama kepada penduduk Tehran sejak konflik bersenjata antara Israel dan Iran tercetus Jumaat lalu, yang digambarkan sebagai konfrontasi paling teruk antara kedua-dua negara.
Ketegangan serantau semakin meningkat sejak Jumaat apabila Israel melancarkan serangan udara serentak ke atas pelbagai lokasi di Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, sehingga mencetuskan tindak balas dari Tehran.
Iran menyatakan sekurang-kurangnya 224 orang terbunuh dan lebih 1,000 lagi cedera sejak serangan Israel bermula pada Jumaat.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel serang Iran
#serangan udara Israel
#nuklear iran
#Benjamin Netanyahu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami