awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setelah kembara 3,200km, peminat tegar England baru sedar tiket perlawanan tertinggal di rumah

Agensi
Agensi
25/06/2018
04:12 MYT
Setelah kembara 3,200km, peminat tegar England baru sedar tiket perlawanan tertinggal di rumah
Usaha Howells membuahkan hasil apabila berjaya mendapatkan sekeping tiket daripada pengikutnya namun Douglas pula gagal ditemui. - Twitter/@dan_howells
Ketika dunia hangat memperkatakan kemenangan England membelasah Panama dalam aksi piala dunia semalam, malang bagi seorang peyokong tegarnya, Douglas Moreton.
Moreton telah menempuh perjalanan sejauh 3,200km sebelum menyedari tiketnya tertinggal dalam sebuah laci di rumahnya di Bristol dan membuatnya terlepas menyaksikan pesta gol England ke atas Panama.
Beliau bernasib baik apabila terserempak dengan editor ITV News, Dan Howells, yang kebetulan menginap di hotel yang sama seperti yang dilaporkan portal berita The New Zealand Herald.
Sebaik sahaja mengetahui kejadian yang menimpa Douglas, editor tersebut terus membantunya dengan memuat naik gambar melalui akaun Twitter disertakan kapsyen berbunyi:
"Ini Douglas, kami menginap di hotel yang sama di Volgograd. Kami baru sahaja bertemu dan beliau telah tertinggal tiket di rumahnya di Bristol. Kalau ada sesiapa yang mempunyai tiket lebih, mohon maklumkan kepada saya."
This is Douglas. He was at our hotel in Volgograd. Weve just bumped in to him in Nizhny Novgorod & hes realised hes left his match tickets in the drawer at home in Bristol. If anyones got a spare one let me know. #EngPan pic.twitter.com/4zDA5aNvZa
— Dan H (@dan_howells) 23 June 2018
Usaha Howells itu ternyata membuahkan hasil apabila berjaya mendapatkan sekeping tiket yang diberikan seorang pengikutnya di Twitter.
Namun malang sekali lagi menimpa apabila Howell gagal menemui Douglas untuk menyerahkan tiket berkenaan.
Semalam, England membelasah Panama 6-1 dalam saingan kumpulan G.
Topic Berkaitan
#Douglas Moreton
#England
#hotel
#ITV News
#Panama
#Piala Dunia
#rumah
#Tertinggal tiket bola
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan