Skip to main content

Dunia

Setiausaha Agung PBB harap organisasi pimpin dunia ke arah masa depan aman

FILE PHOTO: United Nations Secretary-General Antonio Guterres speaks during a press conference outlining his priorities for 2026 at U.N. headquarters in New York City, U.S., January 29, 2026. REUTERS/Eduardo Munoz/File Photo
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, sempena bermulanya sesi terakhir Perhimpunan Agung sepanjang tempoh beliau memegang jawatan, menyuarakan harapan agar badan dunia itu dapat memimpin dunia ke arah masa depan yang lebih sihat dan aman. - Gambar fail/REUTERS
Advertisement

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, sempena bermulanya sesi terakhir Perhimpunan Agung sepanjang tempoh beliau memegang jawatan, menyuarakan harapan agar badan dunia itu dapat memimpin dunia ke arah masa depan yang lebih sihat dan aman, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Ketika saya menyertai sesi ke-81 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) buat kali terakhir sebagai Setiausaha Agung, saya menaruh harapan besar untuk masa depan yang lebih baik, sihat dan aman hasil usaha yang dilaksanakan di sini," tulis Guterres menerusi platform media sosial X.

Guterres memegang jawatan itu sejak 2017. Penggal kedua beliau selama lima tahun akan berakhir pada 31 Dis tahun ini.

Setiausaha Agung yang bakal menamatkan tempoh perkhidmatannya itu menyifatkan Perhimpunan Agung sebagai "tempat masalah dunia yang paling sukar dan membawa kesan besar ditangani secara langsung", sambil menyatakan sokongan kepada Presiden sesi baharu, Menteri Luar Bangladesh Khalilur Rahman.

Sesi ke-81 Perhimpunan Agung PBB dibuka secara rasmi di New York pada Selasa.

Seperti kelaziman, minggu peringkat tinggi akan diadakan sebagai sebahagian daripada Perhimpunan Agung, dengan Perbahasan Umum berlangsung dari 22 hingga 26 Sept dan pada 28 Sept.

Antara acara utama sesi ke-81 ialah penyempurnaan proses pemilihan Setiausaha Agung PBB yang baharu.

Proses itu bermula pada sesi ke-80 dan tanggungjawab berkenaan kini beralih kepada presiden baharu.

Susulan syor Majlis Keselamatan, Perhimpunan Agung perlu melantik Setiausaha Agung PBB ke-10.

Sesi baharu itu bermula ketika PBB terus berdepan kesukaran kewangan susulan kelewatan negara anggota membayar sumbangan masing-masing.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

Must Watch Video

Advertisement