awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sherina Munaf suarakan sokongan terhadap Joko Widodo

Fuad Misbah
Fuad Misbah
04/07/2014
02:01 MYT
Sherina Munaf suarakan sokongan terhadap Joko Widodo
Pengakuan yang dibuat menerusi akaun Twitternya menyatakan sokongan terhadap Jokowi
Penyanyi popular Indonesia Sherina Munaf akhirnya menyuarakan sokongan kepada calon Presiden Joko Widodo (Jokowi) dalam Pilihan Raya Umum (PEMILU) republik itu yang akan berlangsung 9 Julai depan.
Pengakuan yang dibuat menerusi akaun Twitternya menyatakan sokongan terhadap Jokowi yang merupakan calon Presiden daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P).
Sherina di dalam tuitnya berkata kini sudah tiba masanya untuk anak-anak muda seperti dirinya mengambil peduli tentang perkembangan negara dan kemudian menyatakan sokongan terhadap Jokowi.
Udah nggak jamannya anak muda apatis sama negara. Yuk! Saya #AkhirnyaMilihJokowi
— Sherina Sinna (@sherinasinna) July 3, 2014
Ini merupakan kali pertama Sherina secara terbuka menyuarakan sokongan kepada salah seorang calon Presiden yang bertanding pada PEMILU kali ini.
Dia mempunyai sejumlah 7.8 juta pengikut di Twitter.
Bapa Sherina, Triawan Munaf ketika dihubungi oleh portal berita Tempo maklum akan keputusan yang telah dibuat oleh anaknya itu dan menurutnya lagi, ini adalah keputusan Sherina setelah mengikuti berita dan perbincangan yang ada tentang PEMILU.
"Setelah mengikuti perkembangan di media sosial dan berdiskusi dengan kawan-kawannya, dia pun memutuskan pilihannya," kata Triawan.
Namun, menurut Triawan lagi, Sherina hanya sekadar menyuarakan sokongan dan dia tidak dibayar untuk terlibat secara langsung berkempen bagi pihak Jokowi.
"Itu pilihannya sendiri. Tidak dibayar dan tidak juga terlibat dalam kempen seperti beberapa artis lain," tambah Triawan.
Pilihan Raya Umum Indonesia akan berlangsung 9 Julai ini melibatkan gandingan calon presiden dan naib presiden Joko Widodo-Jusuf Kalla melawan Prabowo Subianto-Hatta Rajasa.
Topic Berkaitan
#Jokowi
#Jusuff Kalla
#Pemilu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan