awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Kemuncak NATO bincang ketahanan, keselamatan siber, maklumat palsu - Pegawai AS

Bernama
Bernama
06/07/2024
09:40 MYT
Sidang Kemuncak NATO bincang ketahanan, keselamatan siber, maklumat palsu - Pegawai AS
Sidang kemuncak NATO dijadual berlangsung di ibu negara Amerika Syarikat dari Selasa hingga Khamis, minggu depan. - AP
WASHINGTON: Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan rakan kongsi Indo-Pasifik akan membincangkan isu ketahanan, sokongan kepada Ukraine, maklumat palsu, keselamatan siber dan teknologi baharu semasa sidang kemuncak mereka di Washington minggu depan, lapor Yonhap.
Sidang kemuncak NATO dijadual berlangsung di ibu negara Amerika Syarikat dari Selasa hingga Khamis, menurut seorang pegawai pentadbiran kanan AS.
Para pemimpin empat rakan kongsi Indo-Pasifik (IP4) iaitu Korea Selatan, Australia, New Zealand dan Jepun telah dijemput ke sidang kemuncak itu sempena ulang tahun ke-75 penubuhan NATO.
"Kami sedang mengumpulkan beberapa rakan kongsi bukan NATO untuk mengadakan perbincangan mengenai isu seperti ketahanan, keselamatan siber, maklumat palsu, teknologi dan seumpamanya," kata pegawai itu dalam satu taklimat maya.
Sidang kemuncak NATO yang melibatkan rakan kongsi Indo-Pasifik dijangka berlangsung pada Khamis.
Pada perhimpunan itu, Washington akan mengumumkan langkah baharu untuk mengukuhkan pertahanan udara dan keupayaan ketenteraan Ukraine.
"Bersama-sama, sidang kemuncak Washington akan menghantar isyarat kuat kepada Putin bahawa jika beliau berfikir beliau boleh bertahan lebih lama daripada gabungan negara yang menyokong Ukraine, beliau silap besar.
"Kami juga menghantar mesej penting kepada seluruh dunia termasuk melalui perkongsian kami di Indo-Pasifik, bahawa kami bersama-sama bersatu dan menyokong nilai demokrasi," katanya.
Sidang kemuncak itu diadakan di tengah-tengah kebimbangan mengenai kesihatan mental dan kecergasan fizikal Biden, yang dipersoalkan sekali lagi berikutan prestasi perbahasan yang lemah minggu lalu.
Pemerhati berkata bahawa Biden mungkin akan memanfaatkan sidang kemuncak itu untuk menyerlahkan bahawa dirinya bersedia melaksanakan tugas itu dan mampu memimpin negara untuk empat tahun lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NATO
#sidang kemuncak
#keselamatan siber
#maklumat palsu
#teknologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan