BRUSSELS: Perlindungan data dan risiko diskriminasi kekal jadi dua kebimbangan utama Suruhanjaya Eropah (EC) berhubung cadangan mewujudkan pensijilan vaksin COVID-19.

Perkara ini didedahkan Pesuruhjaya Kehakiman, Didier Reynders selepas mesyuarat tidak rasmi entiti berkenaan.

Menurut reynders, beliau berharap sijil vaksin itu hanya menyatakan data penting buat 27 negara anggota.

Ini termasuk data mengenai pemberin vaksin, kesan sampingan, atau ujian yang dijalani.

Langkah ini bertujuan melindungi data peribadi individu serta elak diskriminasi, kerana pemberian vaksin tidak diwajibkan dan merupakan hak individu untuk menolak.

“Kami akan mengelakkan pemindahan data antara negara anggota, kami akan cuba memberi penyelesaian teknikal dengan memberi maklumat berhubung penesahan sijil berkenaan di peringkat EU dan setakat itu sahaja bagi mengelakkan sebarang masalah berhubung perlindungan data peribadi,” katanya.

Cadangan ini akan dikemukakan dalam satu lagi mesyuarat minggu depan.

Negara anggota dijangka akan meterai pensijilan vaksin COVID-19 menjadi satu dokumen perundangan menjelang Julai.

Sijil vaksin akan membantu melancarkan proses mengembalikan perjalanan udara dan merancakkan kembali sektor pelancongan.