awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
28/05/2024
00:50 MYT
Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh
Pihak berkuasa di Bangladesh telah memindahkan ratusan ribu penduduk ke tempat selamat apabila siklon tropika di Teluk Bengal melanda pantai selatan negara itu pada Isnin. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri, melalui Suruhanjaya-Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dan New Delhi, sedang memantau rapat impak susulan Siklon Remal, yang melanda persisiran pantai Bangladesh dan Bengal Barat, India pada 26 Mei 2024.
Sehubungan itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas untuk sentiasa berwaspada, mengikuti perkembangan terkini, dan mematuhi arahan dan panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Dalam masa yang sama, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi suruhanjaya-suruhanjaya tinggi malaysia di Dhaka dan New Delhi seperti maklumat yang tertera.
SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI DHAKA Alamat : House No. 19, Road No. 6, Baridhara Diplomatic Enclave, Dhaka No. Telefon : +88 018 4179 8077 Emel : [email protected]
SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI Alamat : 50-M, Satya Marg, Chanakyapuri, New Delhi No. Telefon : +91 859 5550594 Emel : [email protected]
Sebarang perkembangan terkini mengenai kejadian berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Setakat ini, 10 telah dilaporkan maut menjadi korban ketika Taufan Remal melanda pantai Bangladesh.
Beribu-ribu isi rumah, ladang udang dan empangan perlindungan sungai dinaiki air dan rosak.
Pihak berkuasa di Bangladesh telah memindahkan ratusan ribu penduduk ke tempat selamat apabila siklon tropika di Teluk Bengal melanda pantai selatan negara itu pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Kementerian Luar
#New Delhi
#Wisma Putra
#Taufan Remal
#Siklon Remal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan