awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemelut Pas-Bersatu dan pengunduran Muhyiddin, ke mana hala tuju PN?
Jumlah mangsa banjir di Johor, Pahang berkurang petang ini, Melaka kekal
Penggunaan BNPL berpotensi jejas skor kredit, kelayakan pinjaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siklon tropika menuju Australia Barat dinaik taraf ke Kategori 4

Bernama
Bernama
30/12/2025
09:15 MYT
Siklon tropika menuju Australia Barat dinaik taraf ke Kategori 4
Siklon Tropika Hayley telah dinaik taraf kepada sistem Kategori 4 dan dijangka membawa kesan teruk ke wilayah Kimberley di utara WA lewat Selasa. - Gambar hiasan
SYDNEY: Siklon tropika yang sedang bergerak ke arah pantai utara Australia Barat (WA) dinaik taraf kepada Kategori 4, menurut pihak berkuasa pada Selasa, lapor Xinhua.
Biro Meteorologi (BoM) dalam kenyataan awal pagi Selasa memaklumkan bahawa Siklon Tropika Hayley telah dinaik taraf kepada sistem Kategori 4 dan dijangka membawa kesan teruk ke wilayah Kimberley di utara WA lewat Selasa.
Menurut BoM, siklon itu dijangka berada pada kekuatan maksimum dan dijangka melemah kepada Kategori 3 sebelum membadai daratan pada petang Selasa berhampiran Derby, sebuah bandar yang mempunyai kira-kira 3,200 penduduk dan terletak lebih 1,800 kilometer di timur laut ibu negeri Perth.
Amaran yang dikeluarkan bagi kawasan berkenaan, termasuk Derby, menyatakan tiupan angin yang sangat merosakkan sehingga 170 kilometer sejam berkemungkinan berlaku mulai awal petang.
Selain itu, hujan lebat dijangka menyebabkan kejadian banjir kilat.
Jabatan Bomba dan Perkhidmatan Kecemasan WA memaklumkan terdapat kemungkinan ancaman terhadap nyawa dan harta benda, serta menasihatkan penduduk supaya segera mengambil langkah berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk berlindung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#siklon tropika
#Pantai Utara
#australia barat
#angin kencang
#banjir kilat
#pengurusan bencana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan