awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket Bulgaria promosi kualiti dokumen palsu, tunjuk contoh pasport Sylvester Stallone

Agensi
Agensi
31/01/2021
04:52 MYT
Sindiket Bulgaria promosi kualiti dokumen palsu, tunjuk contoh pasport Sylvester Stallone
Identiti aktor Sylvester Stallone manjadi pilihan sindiket itu untuk dijadikan sampel pada pasport palsu yang mereka hasilkan. - Reuters
SOFIA:'Anda hendak dokumen apa dan jadi siapa? Kami boleh buat.'
Mungkin itu yang dibanggakan sekumpulan sindiket pemalsuan dokumen di Bulgaria, yang terbongkar selepas tertangkapnya empat warga negara itu kerana dipercayai terlibat dalam agenda jenayah terancang.
Reuters melaporkan, pihak pendakwa raya telah mengenakan dakwaan kepada empat suspek yang didapati mengedarkan dokumen rasmi palsu, selain wang dolar Amerika Syarikat (AS) dan Euro palsu di negara Balkan itu.
Lebih menjadi tumpuan adalah cara sindiket itu mempromosikan hasil kerja mereka yang teliti dalam penghasilan pasport palsu, dengan menunjukkan pasport Bulgaria yang memaparkan identiti aktor terkenal, Sylvester Stallone.
Kesemua suspek ditangkap selepas pihak polis menemui perkakasan untuk mencetak dokumen berkenaan, dalam siri siasatan di 30 buah lokasi di serata Bulgaria. Operasi itu merupakan gabungan kerjasama Europol dan Perkhidmatan Rahsia AS.
Sewaktu serbuan di sebuah apartmen di bandr Plovdiv di selatan negara itu, polis merampas wang palsu Euro dan dolar dalam jumlah yang besar, selain kad pengenalan serta lesen memandu Bulagria yang palsu.
"Pihak berkuasa juga merampas pasport palsu berkualiti tinggi yang memaparkan wajah seorang selebriti ternama, dipercayai digunakan sebagai sampel untuk ditunjukkan kepada pelanggan yang berminat," ujar pendakwa raya dalam satu kenyataan.
Topic Berkaitan
#pasport palsu
#sindiket penipuan
#pemalsuan dokumen
#bulgaria
#pasport
#Sylvester Stallone
#Europol
#duit palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan