awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura akan kenakan caj jalan raya sempadan Malaysia

Bernama
Bernama
09/01/2017
09:34 MYT
Singapura akan kenakan caj jalan raya sempadan Malaysia
Singapura akan mengenakan caj jalan raya sepadan dengan kadar Malaysia pada RM20 bersamaan S$6.50 yang dilaksana sejak 1 Nov lepas. - fotoBERNAMA
Singapura akan mengenakan caj jalan raya sepadan dengan kadar Malaysia pada RM20 bersamaan S$6.50 yang dilaksana sejak 1 Nov lepas, lapor Channel NewsAsia hari ini.
Laporan itu memetik Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan sebagai berkata Malaysia mengutip sekitar RM13.9 juta daripada kenderaan Singapura antara 1 Nov dan 20 Dis tahun lepas.
"Dasar kami sejak sekian lama ialah mengenakan kadar sepadan bagi levi, tol atau fi yang dikenakan Malaysia untuk menggunakan jalan raya yang menghubungkan Singapura dan Malaysia.
"Ini bagi memastikan Malaysia mengambil kira respons kita setiap kali mereka menaikkan kadar tol atau memperkenalkan levi baharu," Khaw dipetik berkata di Parlimen.
Katanya perincian mengenai caj sepadan itu akan diumum dalam masa terdekat.
Bermula 1 Nov, 2016, caj jalan raya dikenakan setiap kali kenderaan dari republik itu memasuki Malaysia menggunakan kad Touch n' Go.
Peringkat awal kutipan ini hanya melibatkan kenderaan bernombor pendaftaran asing tidak termasuk motosikal.
Sistem caj jalan raya itu dilaksana di dua pintu masuk darat di Johor iaitu Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#caj jalan raya sempadan
#Channel NewsAsia
#Khaw Boon Wan
#levi
#Touch n' Go
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan