SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengumumkan mulai November, jururawat yang beragama Islam dalam sektor kesihatan awam akan dibenar memakai tudung ketika menyarung seragam.
"Saya harap keputusan ini akan diterima semua pihak dengan semangat yang betul, dalam usaha memperkukuh iltizam bersama kita dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura," kata Lee ketika berucap sempena Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) 2021 di sini pada Ahad.
Pada ucapan sempena NDR, selain bahasa Inggeris perdana menteri kebiasaannya menyampaikan ucapan dalam tiga bahasa termasuk Melayu dan Cina.
"Kami membuat penyesuaian dengan berhati-hati demi memastikan keharmonian kaum dan agama. Pendekatan seperti ini, telah membuahkan hasil sejak bertahun-tahun.
"Dan kita harus meraikan apa yang telah dicapai: negara yang benar-benar berbilang kaum, berbilang agama, dengan kita dapat menyaksikan banyak interaksi mesra dan akrab dipaparkan setiap hari," kata Lee.
Pada 2014, Lee berkata terdapat perbincangan hangat mengenai isu tudung dan mesyuarat tertutup dengan pemimpin Islam juga telah diadakan.
"Kami berbincang dari hati ke hati. Mereka menjelaskan kepada saya mengapa pemakaian tudung penting dan mereka berharap kerajaan akan membenarkan.
"Saya beritahu mereka bahawa saya amat memahami, tetapi saya juga menjelaskan perspektif kerajaan dan alasan di sebalik dasar kami," kata Lee.
Namun, disebabkan beberapa alasan yang kukuh, Lee berkata untuk Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Home Team dan perkhidmatan beruniform yang lain, kerajaan perlu mengekalkan status quo.
"Mereka menegakkan undang-undang Singapura. Mereka mesti selalu dilihat menjalankan tugas mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih.
"Sebab itu mereka semua memakai seragam yang sama," katanya.
Bagi jururawat di hospital, Lee berkata "di sini, percanggahan pendapat cuba diseimbangkan."
"Satu pihak adalah kemahuan rakyat manakala kerajaan di satu lagi sudut, memikirkan aspek kebangsaan dan perkara spesifik.
"Pesakit di hospital pula sering resah dan adakalanya tenat. Jadi penting mereka melihat semua jururawat dalam keadaan sama.
"Pada satu lagi aspek pula, jururawat juga perlu berasa selesa untuk menjaga semua pesakit, tidak kira agama atau kaum.
"Kami tidak mahu perbezaan ketara dalam isu pakaian seragam jururawat menjadikan perkara ini sukar ditangani," kata Lee.
Perdana Menteri berkata, beliau sudah pun memberitahu pemimpin Islam pada 2014 bahawa dasar kerajaan dalam sektor penjagaan kesihatan tidak bermakna ia tidak boleh diubah.
"Kami memantau keadaan. Jika dan bila kita mahu mengubah pendirian, kami pasti akan terlebih dulu memastikan semua - Islam dan bukan Islam - faham serta dapat menerima perubahan itu.
"Kerana bertudung bukan saja isu membabitkan orang Islam. Ia isu negara," katanya.
Sejak itu, Lee berkata kerajaan sentiasa memantau rapat keadaan berkenaan.
"Kami memantau secara menyeluruh dan mendapati interaksi antara kaum kekal mesra. Bukan Islam semakin terbiasa dan dapat menerima wanita Islam memakai tudung.
"Dalam banyak keadaan juga wanita Islam yang bertudung kebanyakannya selesa bersosial dengan lelaki dan wanita bukan Islam.
"Terutamanya di hospital, sesetengah staf yang tidak berseragam, memakai tudung dan kami melihat hubungan mereka dengan pesakit serta rakan, begitu baik," katanya.
Lee berkata, lagi pun generasi muda Singapura kini sudah lebih menerima perbezaan agama dan kaum.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 29 2021
Lee Hsien Loong mengumumkan mulai November, jururawat yang beragama Islam dalam sektor kesihatan awam akan dibenar memakai tudung. -Gambar fail
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Lee Hsien Loong akan dilantik Menteri Kanan - Lawrence Wong
Lee Hsien Loong akan kekal dalam kabinet kerajaan Singapura sebagai Menteri Kanan selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Lawrence Wong dilantik PM Singapura baharu 15 Mei
Lawrence Wong bakal dilantik sebagai Perdana Menteri Singapura pada 15 Mei depan.
PM Lee ucap tahniah kepada PM Pihak Berkuasa Palestin Mohammad Mustafa
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Dr Mohammad Mustafa atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin.
PM Singapura pertahan konsert Taylor Swift, anggap perjanjian 'sangat berjaya'
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, perjanjian itu ternyata berjaya, dan membawa manfaat ekonomi kepada negaranya,dan menarik kedatangan pelancong dari seluruh rantau Asean.
Menteri Kabinet Singapura S Iswaran letak jawatan, keluar PAP
Lee Hsien Loong menyatakan bahawa Pendakwa Raya pada Khamis telah memfailkan pertuduhan jenayah terhadap S Iswaran di mahkamah.
Kerajaan yakin RTS Link beroperasi mulai 1 Jan 2027 - Loke
Kerajaan berpuas hati dengan kemajuan kerja-kerja pembinaan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura.
Malaysia, Singapura perkukuh jalinan ekonomi dengan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura
Cadangan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berada di landasan untuk direalisasikan dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Singapura hari ini.
Perbincangan mengenai SFZ, SEZ di Johor di peringkat akhir - PM Anwar
PM Anwar berkata beliau akan berjumpa dengan PM Lee Hsien Loong pada pertengahan Januari, bagi membincangkan hal tersebut
PM Singapura berhasrat serah kepimpinan kepada TPM Lawrence Wong sebelum PRU
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyuarakan hasrat untuk menyerahkan pucuk kepimpinan kepada timbalannya Lawrence Wong, sebelum Pilihan Raya Umum akan datang.
Batu Puteh: Peguam Negara Malaysia-Singapura perlu dilibatkan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia berpendirian bahawa isu berkaitan Batu Puteh boleh diselesaikan dengan penglibatan langsung Peguam Negara (AG) Malaysia dan Singapura.