awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura kaji langkah M'sia kenakan bayaran VEP terhadap kenderaan asing

Bernama
Bernama
22/12/2014
08:19 MYT
Singapura kaji langkah M'sia kenakan bayaran VEP terhadap kenderaan asing
Kementerian Pengangkutan (MOT) Singapura sedang mengkaji langkah Malaysia untuk mengenakan bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) sebanyak RM20. - Gambar Fail
Kementerian Pengangkutan (MOT) Singapura sedang mengkaji langkah Malaysia untuk mengenakan bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) sebanyak RM20 (S$7.55) terhadap kenderaan asing mulai pertengahan tahun depan dan akan memberi respons 'apabila tiba masanya', lapor Channel NewsAsia (CNA).
Saluran televisyen tempatan itu memetik jurucakap kementerian berkenaan sebagai berkata: "Kami sedang mengkaji levi baharu itu dan akan membuat keputusan tentang respons kami apabila tiba masanya."
"Kami dapati, antara lain, ia tidak akan dikenakan secara seragam di semua sempadan darat Malaysia". Respons itu dibuat susulan kepada laporan pada Ahad apabila Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi dipetik sebagai berkata kenderaan asing yang memasuki Johor dari Singapura akan dikenakan VEP RM20 mulai pertengahan tahun depan.
Aziz berkata langkah itu sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Julai tentang pelaksanaan VEP terhadap kenderaan yang berdaftar di negara asing yang memasuki Malaysia melalui Johor.
Katanya Kementerian Pengangkutan sedang menyediakan butiran terperinci mengenai pelaksanaan VEP di dua pintu masuk di Johor - Tambak Johor dan Link Kedua, sebelum ia dilaksanakan.
Topic Berkaitan
#Channel News Asia
#CNA
#Malaysia
#Singapura
#VEP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan