awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kekasih didakwa bunuh Suri
Juruukur didakwa bunuh ibu, adik angkat
Pendatang Israel luaskan pos penempatan haram di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura tangguh hukuman mati rakyat Malaysia Datchinamurthy

Bernama
Bernama
25/09/2025
07:20 MYT
Singapura tangguh hukuman mati rakyat Malaysia Datchinamurthy
Datchinamurthy merupakan antara empat rakyat Malaysia yang berdepan hukuman mati selepas rayuan terbaharu mereka ditolak. - Gambar fail
SINGAPURA: Singapura menangguhkan pelaksanaan hukuman ke atas banduan akhir rakyat Malaysia, K Datchinamurthy, yang sepatutnya menjalani hukuman gantung pada pagi Khamis di Penjara Changi, Singapura.

Ringkasan AI
  • Pelaksanaan hukuman gantung terhadap rakyat Malaysia, K Datchinamurthy, di Penjara Changi, Singapura ditangguhkan walaupun dijadualkan pada pagi Khamis, dengan keluarga dimaklumkan melalui panggilan telefon selepas tengah malam.
  • Datchinamurthy disabitkan kesalahan mengedar 44.96g diamorphine pada 2011 dan dijatuhi hukuman mati pada 2015. Sebelum ini, hukuman gantungnya pada April 2022 ditangguhkan bagi membolehkan semakan kehakiman dimulakan.
  • Dia merupakan antara empat rakyat Malaysia yang berdepan hukuman mati selepas rayuan ditolak, bersama S Saminathan, R Lingkesvaran dan Pannir Selvam Pranthaman. Peguam keluarga berharap keputusan akhir berpihak kepada mereka.

Peguam keluarganya, N Surendran, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama hari ini dan berkata keluarga banduan itu dimaklumkan mengenai perkembangan berkenaan melalui panggilan telefon daripada pihak penjara selepas tengah malam.
"Kami tidak mempunyai maklumat lanjut buat masa ini. Kami berdoa agar hasilnya yang terbaik," katanya.
Datchinamurthy, 39, disabitkan kesalahan pada 2011 kerana mengedar 44.96g diamorphine ke Singapura dan dijatuhi hukuman mati pada 2015.
Dia sebelum ini diberikan penggantungan pelaksanaan hukuman daripada tarikh asal hukuman gantungnya pada 29 April 2022 bagi membolehkan prosiding semakan kehakiman dimulakan.
Datchinamurthy merupakan antara empat rakyat Malaysia yang berdepan hukuman mati selepas rayuan terbaharu mereka ditolak.
Tiga lagi rakyat Malaysia ialah S Saminathan, R Lingkesvaran dan Pannir Selvam Pranthaman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#K Datchinamurthy
#hukuman mati
#kes dadah
#Singapura
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan