awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura tolak cadangan Malaysia untuk hentikan penghantaran aset - Menteri Luar Singapura

Isabelle Leong
Isabelle Leong
07/12/2018
16:02 MYT
Singapura tolak cadangan Malaysia untuk hentikan penghantaran aset - Menteri Luar Singapura
Dr Vivian mengesahkan Kementerian Luar Singapura telah menerima nota cadangan diplomatik dari kerajaan Malaysia dan akan memberi maklum balas apabila tiba masanya.
Singapura menolak cadangan Malaysia supaya kedua-dua negara menghentikan sebarang penghantaran aset ke kawasan yang dipertikaikan di Selat Johor.
Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan berkata republik tersebut bagaimanapun bersedia untuk membincangkan isu terbabit dengan Malaysia secara konstruktif dalam semangat memelihara hubungan antara Singapura-Malaysia.
“Namun begitu, Singapura tidak setuju dengan cadangan Malaysia supaya kedua-dua negara menghentikan sebatang penghantaran aset ke kawasan yang dipertikaikan.
“Saya telah memaklumkan Menteri Luar, Saifuddin Abdullah pada 5 Disember bahawa kapal-kapal kerajaan Malaysia telah berulang kali menceroboh sempadan perairan Singapura berikutan sempadan pelabuhan Johor Bahru diperluaskan pada 25 Oktober lalu.
“Kapal-kapal kerajaan Malaysia perlu menghentikan pencabulan kedaulatan Singapura, tanpa menjejaskan kedudukan Malaysia ataupun Singapura dalam menuntut sempadan maritim di kawasan tersebut,” katanya menerusi muat naik di laman Facebooknya pada Jumaat.
Kenyataan tersebut dibuat susulan cadangan Saifuddin supaya kedua-dua negara berbuat demikian bermula tengah malam pada 8 Disember sementara menunggu perbincangan mengenai isu sempadan maritim tersebut.
Republik tersebut turut mengesahkan telah menerima nota diplomatik terbabit dan akan memberi maklum balas apabila ‘tiba masanya’.
Topic Berkaitan
#Diplomatik
#Kementerian Luar
#Malaysia
#Saifuddin Abdullah
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan