awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura: Ujian awal kesan tiga lagi kes varian Omicron

Bernama
Bernama
11/12/2021
04:09 MYT
Singapura: Ujian awal kesan tiga lagi kes varian Omicron
Kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 38 tahun, bekerja di bahagian perkhidmatan penumpang di Terminal Lapangan Terbang Changi. - Gambar fail
SINGAPURA: Singapura mengesan tiga lagi kes COVID-19 yang hasil ujian saringan awal mendapati positif varian Omicron, satu daripadanya jangkitan tempatan melibatkan seorang lagi pekerja barisan hadapan di lapangan terbang manakala dua lagi kes import.
"Ketiga-tiga kes telah lengkap divaksin dan tanpa gejala dan beransur pulih ketika menjalani pengasingan di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID)," menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dalam satu kenyataan pada lewat Jumaat.
Kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 38 tahun, bekerja di bahagian perkhidmatan penumpang di Terminal Lapangan Terbang Changi.
Dikategorikan sebagai kes 276839, lelaki itu tidak berinteraksi dengan tiga kes Omicron sebelum ini.
"Kes itu tidak mempunyai kaitan dengan kes yang dilaporkan sebelum ini - Kes 276363 - yang juga melibatkan kakitangan perkhidmatan penumpang Lapangan Terbang Changi," menurut kementerian.
Lelaki itu menjalani ujian saringan COVID-19 pada 9 Dis sebagai sebahagian Ujian Rutin Terdaftar (RRT) mingguan untuk pekerja barisan hadapan dan keputusan awal tindak balas rantai polimerase (PCR) didapati positif varian Omicron.
"Dia tidak menunjukkan gejala dan sebaik diberitahu mengenai hasil ujian itu dia telah menjalani kuarantin kendiri di rumah," menurut MOH.
Sementara itu, kes kedua dan ketiga pula membabitkan mereka yang pulang ke Singapura melalui Lorong Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dari United Kingdom (UK) pada 8 Dis.
Kementerian menyatakan kedua-duanya tidak saling berinteraksi semasa dalam penerbangan.
Dalam kenyataan berasingan, Singapura akan menggunakan dos pediatrik vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty COVID-19 untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.
"Vaksinasi untuk kumpulan itu akan dimulakan sebelum akhir tahun ini, sebaik sahaja kami menerima dos vaksin," menurut MOH.
MOH menyatakan dos yang disyorkan ialah satu pertiga daripada dos yang digunakan untuk mereka berumur 12 tahun ke atas -- untuk dua suntikan setiap satu dos pediatrik adalah sebanyak 10 mikrogram -- berselang sekurang-kurangnya 21 hari.
Kementerian juga akan melanjutkan program suntikan dos penggalak COVID-19 kepada individu berumur 18 hingga 29 tahun, mulai 14 Dis.
Sehingga kini, 96 peratus penduduk yang layak di Singapura sudah lengkap menerima vaksin COVID-19 manakala 30 peratus daripada jumlah penduduk telah mendapat dos penggalak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#Jangkitan tempatan
#Lapangan Terbang Changi
#varian omicron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan