awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut, dua cedera diserang di restoran di Jawi, Pulau Pinang
Muzium Pertanian di Kelantan dijangka beroperasi Jun 2026
Perkhidmatan pos Denmark hantar surat terakhir, tamatkan tradisi empat abad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura wajibkan kuarantin 14 hari individu dengan sejarah perjalanan ke Thailand

Bernama
Bernama
30/04/2021
20:00 MYT
Singapura wajibkan kuarantin 14 hari individu dengan sejarah perjalanan ke Thailand
Singapura wajibkan kuarantin 14 hari ke atas individu dengan sejarah perjalanan ke beberapa negara termasuk Thailand. -Gambar fail/Reuters
SINGAPURA: Singapura akan terus memperketat syarat kemasukan ke republik itu dengan melibatkan beberapa negara seperti Thailand, demikian menurut Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian mengenai COVID-19.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Jumaat, langkah itu susulan peningkatan risiko penularan komuniti di Thailand.
Kenyataan itu menyebut semua individu yang memasuki Singapura bermula 2 Mei pada 11.59 malam dengan sejarah perjalanan dalam tempoh 14 hari lepas ke Thailand akan diminta menjalani pengasingan selama 14 hari di bawah Notis Duduk di Rumah (SHN) di kemudahan yang ditetapkan.
"Mereka tidak lagi dibenarkan memilih untuk tidak pergi ke kemudahan itu meskipun sudah mendapat kebenaran untuk berbuat demikian," katanya.
Thailand mencatat 1,583 kes baharu COVID-19 dengan 15 kematian sepanjang tempoh 24 jam lepas dengan jumlah kematian dan pesakit kritikal sedang meningkat.
Republik itu turut mengenakan sekatan bagi perjalanan dari Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka susulan peningkatan mendadak yang dilaporkan di kesemua negara terbabit.
Mulai 1 Mei 2021 pada 23.59 malam, semua pelawat yang memegang pas jangka panjang dan pendek dengan sejarah perjalanan terbaharu termasuk transit di negara terbabit dalam tempoh 14 hari lepas tidak akan dibenarkan memasuki atau transit melalui Singapura.
"Ini juga akan terpakai kepada semua individu yang telah memperoleh kelulusan untuk memasuki Singapura," katanya.
Pada 22 April lepas, Singapura telah memperketat syarat kemasukan ke negara itu terhadap individu yang melakukan perjalanan dari India.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#Singapura
#jumlah kematian
#syarat kemasukan
#Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian
#Notis Duduk di Rumah
#SHN
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan