Skip to main content

Dunia

Sistem kesihatan Sudan di ambang keruntuhan - Doktor Tanpa Sempadan

Some 52 people have died, according to an advocacy group operating across Darfur. REUTERS/Mohammed Jamal
Sistem penjagaan kesihatan Sudan berada di ambang keruntuhan apabila pemotongan dana bantuan memaksa klinik dan kemudahan pesakit luar ditutup di seluruh negara yang dilanda perang itu,  menurut Doktor Tanpa Sempadan (MSF). - Gambar fail/REUTERS
Advertisement

NEW YORK: Sistem penjagaan kesihatan Sudan berada di ambang keruntuhan apabila pemotongan dana bantuan memaksa klinik dan kemudahan pesakit luar ditutup di seluruh negara yang dilanda perang itu,  menurut Doktor Tanpa Sempadan (MSF), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Organisasi itu menggesa pemimpin dunia yang menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya memastikan pembiayaan untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan penting, sambil memaklumkan bahawa pelan kemanusiaan PBB bernilai AS$2.87 bilion untuk Sudan setakat ini menerima pembiayaan sebanyak 41 peratus.

Perang meningkatkan keperluan di Sudan manakala pemotongan dana mengehadkan bantuan yang dapat disalurkan, kata Penyelaras Negara MSF di Sudan, Muhammad Ibrahim.

Beliau berkata, kerja MSF dibiayai melalui sumber persendirian. 

Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa apabila pembiayaan bagi perkhidmatan kesihatan lain semakin berkurangan dan klinik ditutup, pesakit mempunyai semakin sedikit tempat untuk mendapatkan rawatan, sekali gus meningkatkan tekanan ke atas kemudahan yang masih beroperasi termasuk yang dikendalikan oleh MSF.

Di Tawila, North Darfur, penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk sehingga 600,000 orang yang kehilangan tempat tinggal adalah amat kritikal. 

Organisasi itu mengendalikan satu-satunya hospital di rantau berkenaan yang mempunyai 200 katil dan merupakan satu-satunya organisasi yang mampu melaksanakan langkah kawalan wabak secara berskala besar.  

Kes malaria dan kekurangan zat makanan juga turut meningkat menjelang kemuncak musim hujan, menurut MSF.

Sudan dilanda perebutan kuasa sejak April 2023 antara tentera yang diketuai pemimpin de facto Abdel-Fattah al-Burhan dan kumpulan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF) yang diketuai Mohamed Hamdan Daglo.

Kumpulan hak asasi manusia menuduh kedua-dua pihak melakukan pencabulan terhadap orang awam dan RSF khususnya dituduh melakukan keganasan seksual secara sistematik selain pembunuhan beramai-ramai yang menyasarkan masyarakat bukan Arab di Darfur.

-- BERNAMA-dpa

 

Must Watch Video

Advertisement