awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Situasi Gaza "bencana", pegawai PBB desak akses bantuan tanpa halangan

Bernama
Bernama
18/10/2025
10:29 MYT
Situasi Gaza "bencana", pegawai PBB desak akses bantuan tanpa halangan
Israel sepatutnya membenarkan kuota kemasukan 600 trak setiap hari seperti yang ditetapkan dalam perjanjian. - Reuters
BANDAR GAZA/ISTANBUL: Kualiti bantuan kemanusiaan yang dibawa masuk ke Semenanjung Gaza sama pentingnya dengan jumlahnya, dan terdapat keperluan mendesak untuk membenarkan akses tanpa sekatan kepada bekalan asas, menurut penyelaras kanan kecemasan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), lapor Anadolu Ajansi.
Hamish Young berkata penduduk Palestin di Gaza memerlukan khemah, kepingan plastik dan bekalan air bersih, selain bahan api serta peralatan untuk menghasilkan dan mengagihkan air, termasuk paip bagi membaiki telaga dan loji penyahgaraman.
Bercakap ketika menunggu bersama pasukannya berhampiran lintasan Kissufim di timur Deir al-Balah pada Jumaat, Young berkata, "Kami mempunyai 50 trak yang menunggu kebenaran untuk bergerak, membawa bekalan perubatan dan kebersihan yang penting untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak."
Sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober, Israel telah membenarkan 653 trak bantuan memasuki Gaza - jauh lebih rendah daripada kuota harian 600 trak yang ditetapkan dalam perjanjian, menurut Pengarah Pejabat Media Kerajaan Gaza, Ismail Thawabta.
Israel membenarkan 173 trak bantuan masuk pada Ahad, termasuk tiga membawa gas memasak dan enam membawa bahan api, namun tiada trak dibenarkan masuk pada Isnin atau Selasa. Penghantaran disambung semula pada Rabu dengan 480 trak.
Setakat petang Jumaat, pejabat media Gaza masih belum mengeluarkan angka bagi Khamis dan Jumaat, dengan menyatakan bahawa jumlah berkenaan akan diumumkan pada Sabtu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Palestin
#bantuan kemanusiaan
#sekatan
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan