Skip to main content

Politik

Sajak ‘Patik Tak Rela’: Ahli Parlimen Pasir Gudang dipanggil ke Bukit Aman

Menurut Hassan, beliau dipanggil ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) pada jam 3 petang ini. - Gambar fail/Sinar Harian
Menurut Hassan, beliau dipanggil ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) pada jam 3 petang ini. - Gambar fail/Sinar Harian

Ringkasan AI

  • Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung sajak bertajuk 'Patik Tak Rela'.
  • Hassan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) pada jam 3 petang Isnin berkaitan sajak yang tular di media sosial.
  • Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Advertisement

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Isnin untuk direkod keterangan berkenaan sajak karyanya bertajuk 'Patik Tak Rela'.

Menurut Hassan, beliau dipanggil ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) pada jam 3 petang.

"Dengan hormatnya dimaklumkan, bahawa saya Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang dipanggil untuk siasatan ke USJT, Bukit Aman.

Advertisement

"Siasatan berkaitan sebuah sajak karya saya yang tular di media sosial bertajuk 'Patik Tak Rela'," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, dirinya akan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Advertisement

Pada Ahad, Hassan meluahkan rasa kecewa berhubung isu Datuk Seri Najib Razak menerusi sajak yang dimuat naik di Facebook miliknya. -- Sinar Harian
 

Must Watch Video

Advertisement