awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad Berahi: Pasukan sorak Korea Utara jadi hamba seks pegawai Kim Jong-Un?

Agensi
Agensi
25/02/2018
05:07 MYT
Skuad Berahi: Pasukan sorak Korea Utara jadi hamba seks pegawai Kim Jong-Un?
Mereka didakwa terpaksa melakukan aksi seks terhadap pemimpin parti ketika menghadiri upacara Olimpik. - Gambar Reuters
Beberapa bekas ahli pasukan sorak rasmi Olimpik Korea Utara tampil dengan pengakuan bahawa mereka telah dipergunakan sebagai hamba seks bagi memenuhi nafsu pegawai-pegawai tinggi rejim Kim Jong-un.
Menurut laporan Bloomberg News, pasukan yang juga dikenali dengan 'Skuad Berahi' itu didakwa terpaksa melakukan aksi seks terhadap pemimpin parti ketika menghadiri upacara Olimpik.
Lee So-yeon, 42 tahun, yang pernah berkhidmat sebagai ahli muzik dalam pasukan tentera rejim Kim Jong-un mendedahkan ramai di antara mereka masih mengalami trauma selepas melalui apa yang dianggap seperti mimpi ngeri itu.
"Pasukan ini akan dihantar ke acara-acara Olimpik untuk melakukan persembahan. Tetapi di sebalik itu, mereka juga dipaksa hadir ke majlis dan parti untuk memberikan khidmat seks.
"Selain itu, kepimpinan pusat atau Central Politburo akan mengadakan majlis setiap hari dan wanita-wanita ini kehendaki hadir dan dipaksa tidur bersama.
"Wanita-wanita ini akan disuruh menanggalkan pakaian dan dilayan seperti objek. Mereka tidak berhak bersuara dan hanya lakukan apa yang disuruh," kata So-yeon yang kini menetap di Korea Selatan selepas melarikan diri pada 2008.
Kriteria bagi menyertai pasukan ini adalah mereka perlu sekurang-kurangnya 160 cm tinggi dan mempunyai paras rupa yang cantik. - Gambar Reuters
Kriteria bagi menyertai pasukan ini adalah mereka perlu sekurang-kurangnya 160 cm tinggi dan mempunyai paras rupa yang cantik. - Gambar Reuters
Ujarnya lagi, setiap gerak-geri mereka juga diperhati oleh pegawai dilantik sepanjang masa, termasuk ketika waktu makan atau pergi ke tandas.
Kriteria bagi menyertai pasukan ini adalah mereka perlu sekurang-kurangnya 160 cm tinggi dan mempunyai paras rupa yang cantik.
Lazimnya, apabila "bersara" dari pasukan bersorak ini kelak, mereka akan berkahwin dengan pengawal elit dan kadang-kadang dibayar untuk "menutup" rahsia kotor rejim itu.
Isteri Kim Jong-Un, Ri Sol-ju juga sebelum ini pernah menyertai barisan pasukan jelitawan ini.
Pasukan sorak Korea Utara merupakan sebahagian besar daripada 280 anggota delegasi menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk di negara jiran mereka.
Topic Berkaitan
#hamba seks
#Kim Jong-un
#Korea Utara
#Olimpik
#Pyeongchang
#Sukan Olimpik Musim Sejuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan