awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Slovania akan undi sokong keahlian Palestin dalam PBB minggu depan

Bernama
Bernama
13/04/2024
00:15 MYT
Slovania akan undi sokong keahlian Palestin dalam PBB minggu depan
Palestin mengemukakan surat permohonan keahlian PBB minggu lepas dan meminta permohonannya pada 2011 dipertimbangkan semula. - Foto fail/REUTERS
MOSCOW: Slovania akan menyokong keahlian Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam undian minggu depan bersama-sama Perancis dan Malta, lapor Sputnik yang memetik laporan Agensi Akhbar Slovania (STA) berdasarkan kenyataan Menteri Luar Slovania Vojko Volk.
Pada Isnin, permohonan Palestin untuk menyertai PBB sebagai ahli penuh telah dirujuk kepada Jawatankuasa Kemasukan Ahli Baharu tanpa bantahan semasa satu mesyuarat Majlis Keselamatan PBB.
Palestin mengemukakan surat permohonan keahlian PBB minggu lepas dan meminta permohonannya pada 2011 dipertimbangkan semula.
Pada lewat Mac, Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez berkata Kerajaan Sepanyol telah bersetuju dengan pihak berkuasa dari Ireland, Slovania dan Malta untuk mengambil langkah pertama ke arah mengiktiraf sebuah negara Palestin bagi menggalakkan proses perdamaian.
Palestin diiktiraf sebagai sebuah negara oleh sembilan ahli Kesatuan Eropah (EU) iaitu Bulgaria, Cyprus, Republik Czech, Hungary, Malta, Poland, Romania dan Slovakia yang membuat keputusan itu pada 1988 lagi sebelum menyertai EU sementara Sweden mengiktiraf negara Palestin pada 2014.
Rakyat Palestin mencari pengiktirafan diplomatik untuk negara mereka yang merdeka meliputi wilayah di Tebing Barat termasuk Baitulmuqaddis Timur yang sebahagiannya diduduki Israel dan Semenanjung Gaza. Kerajaan Israel enggan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah entiti politik dan diplomatik merdeka dan membina penempatan dalam kawasan yang diduduki biarpun menerima bantahan daripada PBB.
-- BERNAMA-SPUTNIK               
Topic Berkaitan
#PBB
#keahlian penuh
#Palestin
#Jawatankuasa Kemasukan Ahli Baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan