awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
PokéPark Kanto buka tirai di Tokyo, Pokémon ‘hidup’ dalam dunia sebenar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Slovenia edar draf resolusi gencatan senjata di Gaza kepada Majlis Keselamatan PBB

Bernama
Bernama
04/06/2025
09:07 MYT
Slovenia edar draf resolusi gencatan senjata di Gaza kepada Majlis Keselamatan PBB
Draf resolusi itu antara lain menyuarakan kebimbangan terhadap situasi kemanusiaan, termasuk risiko kebuluran. - Gambar fail/AP
HAMILTON : Slovenia, bagi pihak anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengemukakan draf resolusi pada Selasa yang menggesa "gencatan senjata segera, tanpa syarat dan kekal" di Semenanjung Gaza, serta meminta pengundian diadakan pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Menurut dokumen yang diperoleh Anadolu, draf resolusi itu menyuarakan "kebimbangan terhadap situasi kemanusiaan, termasuk risiko kebuluran," serta mengingatkan semua pihak supaya mematuhi undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia antarabangsa.
Teks berkenaan turut mengulangi sokongan terhadap usaha Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat untuk melaksanakan gencatan senjata berbilang fasa seperti digariskan dalam Resolusi 2735 (2024), termasuk pembebasan tawanan, pemulangan jenazah, serta pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Gaza, yang membawa ke arah proses pembinaan semula.
Draf resolusi itu turut menuntut "penghapusan segera dan tanpa syarat ke atas semua sekatan bantuan kemanusiaan" serta menyeru agar agihan bantuan dilakukan secara selamat dan tanpa halangan ke seluruh wilayah terkepung itu.
Ia juga menekankan kepentingan memulihkan perkhidmatan asas selaras dengan prinsip-prinsip kemanusiaan.
Israel terus menolak gesaan gencatan senjata oleh masyarakat antarabangsa dan melanjutkan serangan besar-besaran ke atas Gaza sejak Oktober 2023, yang telah meragut lebih 54,500 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Agensi bantuan sebelum ini memberi amaran tentang risiko kebuluran yang mengancam lebih dua juta penduduk Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#slovenia
#draf resolusi
#gencatan senjata
#Gaza
#Palestin
#Majlis Keselamatan PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan