awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solat tarawih paling lama lapan jam

Sinar Harian
Sinar Harian
11/05/2019
04:50 MYT
Solat tarawih paling lama lapan jam
Solat tarawih di Masjid Agung Al-Fatah, daerah Karas, Magetan mengambil masa lapan jam. - Foto Liputan6
Jika sebelum ini kisah solat tarawih 23 rakaat paling cepat di daerah Indramayu yang hanya mengambil masa tujuh minit menjadi perbualan, kini tiba giliran sebuah masjid di Desa Temboro.
Berbeza dengan kisah di Indramayu, laporan Liputan6 mengatakan, solat tarawih di Masjid Agung Al-Fatah, daerah Karas, Magetan, mengambil masa lapan jam.
Menurut Pengurus Pondok Pesantren Al-Fatah, Zaenal Abidin, solat tarawih yang dilakukan di masjid ini sama jumlah rakaatnya dengan masjid lain, 20 rakaat tarawih dan tiga rakaat witir.
Apa yang membezakannya adalah imam membaca satu mashaf al-Quran atau bersamaan satu juzuk al-Quran.
"30 juzuk al-Quran dibahagi kepada 20 rakaat dengan empat rakaat salam. Jadinya, satu rakaat rata-rata satu juzuk al-Quran," kata Zaenal.
Kebiasaannya, solat tarawih di Masjid Agung Al-Fatah dimulakan selepas solat Isyak dan berlanjutan hingga jam 3.00 pagi (waktu tempatan) sekali gus menghampiri waktu sahur.
Jemaah solat tarawih di masjid berkenaan terdiri dalam kalangan penghafaz al-Quran di Pesantren Al-Fatah dan juga penduduk setempat. -Liputan6
Topic Berkaitan
#Desa Temboro
#Masjid Agung Al-Fatah
#Pondok Pesantren Al-Fatah
#tarawih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan