awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pentadbiran Gaza bermula di Kaherah
Pas, Bersatu nafi dakwaan provokasi politik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SpaceX Dragon mula misi pulang ke bumi

Bernama
Bernama
30/06/2023
05:00 MYT
SpaceX Dragon mula misi pulang ke bumi
Kapal angkasa kargo SpaceX Dragon ketika berada di Stesen Angkasa lepas Antarabangsa (ISS). - Foto REUTERS
WASHINGTON: Kapal angkasa kargo SpaceX Dragon meninggalkan Stesen Angkasa lepas Antarabangsa (ISS) pada Khamis untuk pulang ke Bumi bersama hasil eksperimen dan sampel NASA sejak enam tahun lalu.
Kapal angkasa itu meninggalkan modul Harmony ISS pada pukul 12.30 tengah hari EDT dan bersedia untuk melakukan pendaratan di luar pantai Florida dengan bantuan payung terjun pada kira-kira pukul 10.30 pagi Jumaat, menurut United Press International (UPI).
Kapal angkasa itu membawa lebih daripada 3,600 paun (1,633 kg) peralatan, bekalan dan eksperimen saintifik, beberapa daripadanya telah berada di stesen angkasa itu selama hampir enam tahun dan ujian terakhir dalam orbit mereka selesai awal tahun ini.
Antara eksperimen yang dibawa balik ke Bumi adalah "GRIP Dexterous Manipulation in Microgravity Chair" Agensi Angkasa Eropah, yang mengkaji bagaimana mikrograviti mempengaruhi manipulasi objek oleh angkasawan.
Dragon juga akan membawa pulang hasil Percubaan Rujukan Graviti untuk Prestasi Sensimotor: Mencapai dan Menggenggam (GRASP), yang mengkaji kesan graviti mikro pada sistem saraf manusia, lapor UPI.
Selain hasil eksperimen, Dragon juga akan membawa sampel daripada kajian "Antibodi Monoclonal, Myotones dan BioNutriets-2", kembali ke Bumi.
Dragon dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy pada 5 Jun selepas beberapa siri kelewatan, tiba di ISS pada 6 Jun dengan lebih daripada 7,000 paun (3,175 kg) peralatan dan eksperimen, termasuk dua International Space Station Roll-Out Solar Arrays.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SpaceX Dragon
#kapal angkasa kargo
#ISS
#sampel NASA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan