awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Speaker Kanada tidak akan hadir Sidang Kemuncak Speaker Parlimen G20 di New Delhi

Bernama
Bernama
13/10/2023
03:15 MYT
Speaker Kanada tidak akan hadir Sidang Kemuncak Speaker Parlimen G20 di New Delhi
Raymonde Gagne, Speaker Senat Kanada. - Gambar fail
NEW DELHI: Kanada memutuskan untuk tidak menghantar Speaker Senat Raymonde Gagne untuk menghadiri Sidang Kemuncak Speaker Parlimen G20 di New Delhi pada Jumaat.
"Kami mempelawa semua ahli untuk menghadiri acara G20. Sertai atau tidak bergantung kepada keputusan mereka dan tertakluk kepada beberapa faktor. Saya rasa anda perlu bertanya sendiri kepada mereka," kata jurucakap Kementerian Luar India Arindam Bagchi pada Khamis.
Hubungan Ottawa dan New Delhi agak dingin selepas Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menuduh India terlibat dalam pembunuhan aktivis pemisah Sikh.
Berikutan itu, India telah meminta Kanada memanggil pulang puluhan diplomatnya supaya bilangan mereka sama dengan jumlah diplomat India di Kanada.
"Saya tegaskan di sini bahawa kami tetap komited dengan apa yang kami katakan iaitu memastikan kesetaraan dalam jumlah diplomat kami. Kami tetap terlibat dengan pihak berkuasa Kanada mengenai cara untuk melaksanakannya," kata Bagchi.
Menurut laporan media, isu itu ada dibincangkan pada pertemuan antara Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar dan rakan sejawatannya dari Kanada Melanie Joly di Amerika Syarikat dua minggu lalu.
Bagaimanapun, Bagchi enggan mengesahkan perkara itu.
Kanada meminta India untuk bekerjasama dalam siasatan kes pembunuhan pemimpin Sikh, Hardeep Singh Nijjar, yang maut ditembak pada Jun di Surrey, Vancouver.
India menafikan tuduhan itu dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raymonde Gagne
#Sidang Kemuncak Speaker Parlimen G20
#New Delhi
#hubungan Kanada-India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan